Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketika hari Kiamat, diletakkan mimbar-mimbar yang diperbuat daripada emas

Teks Bahasa Arab

حديث: إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ، وُضِعَتْ مَنَابِرُ مِنْ ذَهَبٍ عَلَيْهَا قِبَابٌ مِنْ فِضَّةٍ، مُفَصَّصَةٌ بِالدُّرِ وَالْيَاقُوتِ وَالزُّمُرُّدِ، مُكَلَّلَةٌ بِالدِّيبَاجِ وَالسُّنْدُسِ وَالإِسْتَبْرَقِ، ثُمَّ يُنَادِي مُنَادِي الرَّحْمَنِ: أَيْنَ مَنْ حَمَلَ إِلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ عِلْمًا يَحْمِلُهُ إِلَيْهِمْ يُرِيدُ بِهِ وَجْهَ اللَّهِ، اجْلِسُوا عَلَيْهَا، ثُمَّ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika Hari Kiamat, diletakkan mimbar-mimbar yang diperbuat daripada emas yang diatasnya ada kubah-kubah yang diperbuat daripada perak. Ia dihiasi dengan permata, batu delima dan Zamrud. Ia juga diselimuti dengan sutera halus dan hamparan sutera tebal. kemudian penyeru bagi pihak Al-Rahman : Di manakah orang yang membawa ilmu kepada umat Muhammad SAW yang mana dia membawa ilmu kepada mereka semata-mata kerana mengharap redha Allah SWT? Duduklah diatasnya kemudian masuklah ke dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 273, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن ابن عمر مرفوعا. وفي إسناده: كذاب.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya ada perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.