Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَأَيْتُ قُبَيْلَ الْفَجْرِ كَأَنِّي أُعْطِيتُ الْمَقَالِيدَ وَالْمَوَازِينَ، فَأَمَّا الْمَقَالِيدُ فَهَذِهِ الْمَفَاتِيحُ، وَأَمَّا الْمَوَازِينُ فَهِيَ الَّتِي تَزِنُونَ بِهَا، فَوُضِعْتُ فِي كِفَّةٍ، وَوُضِعَتْ أُمَّتِي فِي كِفَّةٍ، فَوُزِنْتُ بِهِمْ فَرَجَحْتُ، ثُمَّ جِيءَ بِأَبِي بَكْرٍ فَوُزِنَ بِهِمْ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُمَرَ فَوُزِنَ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُثْمَانَ فَوُزِنَ بِهِمْ، ثُمَّ رُفِعَتْ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika hampir subuh, aku melihat seolah-olah diriku diberikan kuasa dan penimbang. Kuasa tersebut ialah kunci-kunci ini, manakala penimbang pula ialah alat yang kalian gunakan untuk menimbang sesuatu dengannya. Aku diletakkan pada satu bahagian neraca, dan umat ku diletakkan pada bahagian yang lain, namun aku lebih berat. Kemudian didatangkan Abu Bakar dan ditimbangkan dengan mereka (umat), didapati beliau lebih berat. Seterusnya didatangkan ‘Umar dan ditimbangkan beliau dengan mereka(umat), ternyata beliau lebih berat. Kemudian didatangkan 'Uthman dan ditimbangkan bersama mereka(umat), tiba-tiba timbangan neraca terangkat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086-1087, hadis no. 5526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات غداة بعد طلوع الشمس، فقال: رَأَيْتُ قُبَيْلَ الْفَجْرِ كَأَنِّي أُعْطِيتُ الْمَقَالِيدَ وَالْمَوَازِينَ فَأَمَّا الْمَقَالِيدُ فَهَذِهِ الْمَفَاتِيحُ وَأَمَّا الْمَوَازِينُ فَهِيَ الَّتِي تَزِنُونَ بِهَا فَوُضِعْتُ فِي كِفَّةٍ وَوُضِعَتْ أُمَّتِي فِي كِفَّةٍ فَوُزِنْتُ بِهِمْ فَرَجَحْتُ ثُمَّ جِيءَ بِأَبِي بَكْرٍ فَوُزِنَ بِهِمْ، فَوَزَنَ ثُمَّ جِيءَ بِعُمَرَ فَوُزِنَ فَوَزَنَ ثُمَّ جِيءَ بِعُثْمَانَ فَوُزِنَ بِهِمْ ثُمَّ رُفِعَتْ. [ش، حم، ابن أبي عاصم، طب، ابن عساكر، الضعيفة (6486)].
(Lemah dengan konteks ini) Daripada Ibn ‘Umar RHUMA, beliau berkata: “Rasulullah SAW bertemu kami pada suatu pagi tatkala matahari baru terbit. Baginda bersabda : Ketika hampir subuh, aku melihat seolah-olah diriku diberikan kuasa dan penimbang. Kuasa tersebut ialah kunci-kunci ini, manakala penimbang pula ialah alat yang kalian gunakan untuk menimbang sesuatu dengannya. Aku diletakkan pada satu bahagian neraca, dan umat ku diletakkan pada bahagian yang lain, namun aku lebih berat. Kemudian didatangkan Abu Bakar dan ditimbangkan dengan mereka (umat), didapati beliau lebih berat. Seterusnya didatangkan ‘Umar dan ditimbangkan beliau dengan mereka(umat), ternyata beliau lebih berat. Kemudian didatangkan 'Uthman dan ditimbangkan bersama mereka(umat), tiba-tiba timbangan neraca terangkat. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya, Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6486]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman