Ketika Fatimah dibawa kepada Ali RA, Nabi SAW berada di hadapannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما زفت فاطمة إلى علي رضي الله عنه كان النبي صلى الله عليه وآله وسلم أمامها، وجبريل عن يمينها، وميكائيل عن يسارها، وسبعون ألف ملك خلفها يسبحون الله ويقدسونه حتى طلع الفجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika Fatimah dibawa (selepas nikah) kepada Ali RA, Nabi SAW berada di hadapannya. Dan Jibril berada di kanannya, Mikail di sebelah kirinya, 70,000 malaikat berada di belakangnya bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya sehingga terbit fajar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis nombor 117. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: كذاب، وهوعبد الرحمن بن محمد بن أخت عبد الرزاق. وقال ابن الجوزي: موضوع. وقال في الميزان: هذا كذب صراح.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pendusta iaitu Abd al-Rahman bin Muhammad anak saudara perempuan Abd al-Razzaq. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah pendustaan yang jelas.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.