Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لَمَّا زُفَّتْ فَاطِمَةُ إِلَى عَلِيٍّ رضي الله عنه كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَمَامَهَا، وَجِبْرِيلُ عَنْ يَمِينِهَا، وَمِيكَائِيلُ عَنْ يَسَارِهَا، وَسَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ خَلْفَهَا يُسَبِّحُونَ اللَّهَ ويقدسونه حتى طلع الْفَجْرُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ketika Fatimah dibawa (selepas nikah) kepada Ali RA, Nabi SAW berada di hadapannya. Dan Jibril berada di kanannya, Mikail di sebelah kirinya, 70,000 malaikat berada di belakangnya bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya sehingga terbit fajar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis no. 117. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا، وفي إسناده: كذاب، وهوعبد الرحمن بن محمد بن أخت عبد الرزاق. وقال ابن الجوزي: موضوع. وقال في الميزان: هذا كذب صراح.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pendusta iaitu Abd al-Rahman bin Muhammad anak saudara perempuan Abd al-Razzaq. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah pendustaan yang jelas.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman