Ketika diturunkan Surah Bara’ah: Aku diutuskan untuk bergaul dengan manusia

TEKS BAHASA ARAB

بعثت بمداراة الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika diturunkan Surah Bara’ah: Aku diutuskan untuk bergaul dengan manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لما نزلت سورة (براءة): بعثت بمداراة الناس.
[الماليني في ((الأربعين الصوفية))، ((الضعيفة)) (695، 811)]

878- 37- (Palsu) Daripada Jabir bin Abdillah ―Raḍiyallāhu ‘anhu― berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Ketika diturunkan Surah Bara’ah: Aku diutuskan untuk bergaul dengan manusia. [Riwayat Al-Malini dalam Al-Arbain Al-Sufiyyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 695 dan 811]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs