Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بُعِثْتُ بِمُدَاراةِ الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika diturunkan Surah Bara’ah: Aku diutuskan untuk bergaul dengan manusia.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لما نزلت سورة (براءة): بعثت بمداراة الناس. [الماليني في ((الأربعين الصوفية))، ((الضعيفة)) (695، 811)]
878- 37- (Palsu) Daripada Jabir bin Abdillah ―Raḍiyallāhu ‘anhu― berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Ketika diturunkan Surah Bara’ah: Aku diutuskan untuk bergaul dengan manusia. [Riwayat Al-Malini dalam Al-Arbain Al-Sufiyyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 695 dan 811]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman