Ketika dibawakan kepadaku wanita-wanita tawanan kabilah Ṭayyi’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما أتي بسبايا طيء وقفت جارية حمراء: لعساء، دلفاء، عيطاء، شماء الأنف، معتدلة القامة والهامة، درماء الكعبين، خدلة الساقين، لفاء الفخذين؛ خميصة الخصرين، ضامرة الكشحين، مصقولة المتنين. قال: فلما رأيتها أعجبت بها، وقلت: لأطلبن إلى رسول الله أن يجعلها في فيئي، فلما تكلمت؛ أنسيت جمالها من فصاحتها؛ فقالت: يا محمد! إن رأيت أن تخلي عنا، ولا تشمت بنا أحياء العرب؛ فإني ابنة سيد قومي، وإن أبي كان يحمي الذمار، ويفك العاني، ويشبع الجائع، ويكسو العاري، ويقري الضيف، ويطعم الطعام، ويفشي السلام، ولم يرد طالب حاجة قط! أنا ابنة حاتم طيء. فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: يا جارية! هذه صفة المؤمنين حقاً، لو كان أبوك مسلماً؛ لترحمنا عليه! خلوا عنها؛ فإن أباها كان يحب مكارم الأخلاق، والله يحب مكارم الأخلاق. فقام أبو بردة بن نيار فقال: يا رسول الله! تحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: والذي نفسي بيده! لا يدخل أحد الجنة إلا بحسن الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika dibawakan kepadaku wanita-wanita tawanan kabilah Ṭayyi’, maka telah berdiri seorang hamba perempuan yang wajahnya kemerahan, bibirnya cantik, berjalan dengan lemah lembut, tubuhnya tinggi, hidungnya mancung, tubuh badannya tegak, buku lalinya tertutup, betisnya berisi, pahanya juga berisi, bahagian pinggulnya ramping, bahagian dadanya tertutup, manakala bahagian zahirnya jelas kelihatan. ‘Alī RA telah berkata: “Ketika aku melihatnya, aku berasa takjub dengannya. Dan aku telah berkata: “Aku akan meminta kepada Rasulullah SAW agar menjadikannya di dalam fai’ku. Sebaik sahaja dia berkata-kata, aku melupakan kecantikannya disebabkan kelancarannya berbicara.” Lalu dia telah berkata: “Wahai Muḥammad, apa pandangan kamu sekiranya kamu biarkan sahaja kami, dan janganlah orang-orang Arab bergembira dengan kami. Sesungguhnya aku merupakan anak perempuan kepada ketua kaumku, dan sesungguhnya bapaku amat menjaga kehormatan keluarganya, membebaskan tawanan, memberi kekenyangan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian, memuliakan tetamu, memberi makan, menyebarkan salam, dan tidak pernah sekali pun menolak seseorang yang meminta hajat kepadanya. Aku adalah anak perempuan kepada Ḥātim Ṭayyi’.” Maka Nabi SAW telah bersabda: “Wahai hamba perempuan, ini merupakan ciri seorang mukmin yang sebenar. Sekiranya bapa kamu (Ḥātim Ṭayyi’) seorang muslim, nescaya kami akan mengucapkan rahmat ke atasnya. Tinggalkanlah dia bersendirian, sesungguhnya bapanya menyukai akhlak yang mulia. Dan Allah S.W.T mencintai akhlak yang mulia.” Kemudian Abū Burdah ibn Niyār berdiri lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu juga turut menyukai akhlak yang mulia?” Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan masuk syurga seseorang itu melainkan dengan akhlak yang baik”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis nombor 542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي -رضي الله عنه-، قال: لما أتي بسبايا طيء وقفت جارية حمراء: لعساء، دلفاء، عيطاء، شماء الأنف، معتدلة القامة والهامة، درماء الكعبين، خدلة الساقين، لفاء الفخذين؛ خميصة الخصرين، ضامرة الكشحين، مصقولة المتنين. قال: فلما رأيتها أعجبت بها، وقلت: لأطلبن إلى رسول الله أن يجعلها في فيئي، فلما تكلمت؛ أنسيت جمالها من فصاحتها؛ فقالت: يا محمد! إن رأيت أن تخلي عنا، ولا تشمت بنا أحياء العرب؛ فإني ابنة سيد قومي، وإن أبي كان يحمي الذمار، ويفك العاني، ويشبع الجائع، ويكسو العاري، ويقري الضيف، ويطعم الطعام، ويفشي السلام، ولم يرد طالب حاجة قط! أنا ابنة حاتم طيء. فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: يا جارية! هذه صفة المؤمنين حقاً، لو كان أبوك مسلماً؛ لترحمنا عليه! خلوا عنها؛ فإن أباها كان يحب مكارم الأخلاق، والله يحب مكارم الأخلاق. فقام أبو بردة بن نيار فقال: يا رسول الله! تحب مكارم الأخلاق؟ فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: والذي نفسي بيده! لا يدخل أحد الجنة إلا بحسن الخلق. [البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5397)]

(Palsu)
Daripada ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA, beliau telah berkata: Ketika dibawakan kepadaku wanita-wanita tawanan kabilah Ṭayyi’, maka telah berdiri seorang hamba perempuan yang wajahnya kemerahan, bibirnya cantik, berjalan dengan lemah lembut, tubuhnya tinggi, hidungnya mancung, tubuh badannya tegak, buku lalinya tertutup, betisnya berisi, pahanya juga berisi, bahagian pinggulnya ramping, bahagian dadanya tertutup, manakala bahagian zahirnya jelas kelihatan. ‘Alī RA telah berkata: “Ketika aku melihatnya, aku berasa takjub dengannya. Dan aku telah berkata: “Aku akan meminta kepada Rasulullah SAW agar menjadikannya di dalam fai’ku. Sebaik sahaja dia berkata-kata, aku melupakan kecantikannya disebabkan kelancarannya berbicara.” Lalu dia telah berkata: “Wahai Muḥammad, apa pandangan kamu sekiranya kamu biarkan sahaja kami, dan janganlah orang-orang Arab bergembira dengan kami. Sesungguhnya aku merupakan anak perempuan kepada ketua kaumku, dan sesungguhnya bapaku amat menjaga kehormatan keluarganya, membebaskan tawanan, memberi kekenyangan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian, memuliakan tetamu, memberi makan, menyebarkan salam, dan tidak pernah sekali pun menolak seseorang yang meminta hajat kepadanya. Aku adalah anak perempuan kepada Ḥātim Ṭayyi’.” Maka Nabi SAW telah bersabda: “Wahai hamba perempuan, ini merupakan ciri seorang mukmin yang sebenar. Sekiranya bapa kamu (Ḥātim Ṭayyi’) seorang muslim, nescaya kami akan mengucapkan rahmat ke atasnya. Tinggalkanlah dia bersendirian, sesungguhnya bapanya menyukai akhlak yang mulia. Dan Allah S.W.T mencintai akhlak yang mulia.” Kemudian Abū Burdah ibn Niyār berdiri lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu juga turut menyukai akhlak yang mulia?” Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak akan masuk syurga seseorang itu melainkan dengan akhlak yang baik”.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Dalā’il al-Nubuwwah dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5397]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.