Ketika dalam kesusahan, dia (Rasulullah SAW) membaca: 'Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan arash yang agung…'

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول عند الكرب: لا إله إلا الله العظيم الحليم، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لا إله إلا الله رب السماوات ورب العرش الكريم، اللهم! اصرف [عني] شره. وفي رواية: شر فلان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika dalam kesusahan, dia (Rasulullah SAW) membaca: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan arash yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit serta Tuhan arash yang mulia. Ya Allah! Jauhilah kami dari kejahatannya. Dalam riwayat yang lain: Kejahatan si fulan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1519, hadis nombor 7731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (الصرف)) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- يقول: كان يقول عند الكرب: ((لا إله إلا الله العظيم الحليم، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لا إله إلا الله رب السماوات ورب العرش الكريم، اللهم! اصرف [عني] شره. وفي رواية: شر فلان)). [خد، ((الضعيفة)) (5443)].

(Munkar dengan penambahan lafaz ‘jauhi’)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, beliau berkata: Ketika dalam kesusahan, dia (Rasulullah SAW) membaca: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan arash yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit serta Tuhan arash yang mulia. Ya Allah! Jauhilah daku dari kejahatannya. Dalam riwayat yang lain: Kejahatan si fulan.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5443].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs