Ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh) ialah dua rakaat sebelum Subuh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

((إدبار النجوم)): الركعتان قبل الفجر و((أدبار السجود)): الركعتان بعد المغرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh))) ialah dua rakaat sebelum Subuh. Manakala ((Sesudah mengerjakan sembahyang)): Ialah dua rakaat selepas Maghrib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis nombor 1315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((وإدبار النجوم)): الركعتان قبل الفجر، و((إدبار السجود)): الركعتان بعد المغرب)). [ت، ((الضعيفة)) (2178)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: ((Ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh))) ialah dua rakaat sebelum Subuh. Manakala ((Sesudah mengerjakan sembahyang)): Ialah dua rakaat selepas Maghrib.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2178]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.