Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
((إِدْبَارُ النُّجُومِ)): الركعتانِ قبلَ الفجرِ و((أَدبارِ السُّجودِ)): الركعتانَ بعد المغربِ.
Teks Bahasa Melayu
((Ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh))) ialah dua rakaat sebelum Subuh. Manakala ((Sesudah mengerjakan sembahyang)): Ialah dua rakaat selepas Maghrib.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis no. 1315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((وإدبار النجوم)): الركعتان قبل الفجر، و((إدبار السجود)): الركعتان بعد المغرب)). [ت، ((الضعيفة)) (2178)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: ((Ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh))) ialah dua rakaat sebelum Subuh. Manakala ((Sesudah mengerjakan sembahyang)): Ialah dua rakaat selepas Maghrib. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2178]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman