Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يَقْسِمُ غَنَائِمَ خَيْبَرَ وَجِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى جَنْبِهِ فَجَاءَ مَلَكٌ فَقَالَ : "إنَّ ربَّكَ عزَّ وجلَّ يأمرُكَ بكذا وكذا"، فخَشِيَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أَنْ يَكُونَ شَيْطَانًا فَقَالَ لِجِبْرِيلَ عليهِ السلامُ : تعرفُه ؟ فقال : "هُوَ مَلَكٌ وَمَا كُلُّ مَلَائِكَةِ رَبِّكَ أَعْرِفُ".
Teks Bahasa Melayu
Ketika Baginda SAW membahagikan harta rampasan Khaibar, Jibril AS ada di sebelah Baginda. Tiba-tiba datang malaikat, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kamu untuk melakukan begini dan begitu. Nabi SAW risau jika yang datang itu adalah syaitan, maka Baginda bertanya kepada Jibril: Adakah kamu kenal malaikat ini? Jibril menjawab: Dia adalah malaikat. Tetapi aku tidaklah mengenali semua malaikat Tuhanmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1118, hadis no. 5650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: ككان يقسم غنائم خيبر وجبريل عليه السلام إلى جنبه فجاء ملك فقال: إن ربك عز وجل يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي صلى الله عليه وسلم أن يكون شيطاناً، فقال لجبريل عليه السلام: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف. [عد، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (6595)].
(Sangat munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan : Ketika Baginda SAW membahagikan harta rampasan Khaibar, Jibril AS ada di sebelah Baginda. Tiba-tiba datang malaikat, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kamu untuk melakukan begini dan begitu. Nabi SAW risau jika yang datang itu adalah syaitan, maka Baginda bertanya kepada Jibril: Adakah kamu kenal malaikat ini? Jibril menjawab: Dia adalah malaikat. Tetapi aku tidaklah mengenali semua malaikat Tuhan kamu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-‘ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman