Ketika baginda (Nabi S.A.W.) sujud, baginda akan mengangkat serban daripada dahi baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سجد رفع العمامة عن جبهته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika baginda (Nabi S.A.W.) sujud, baginda akan mengangkat serban daripada dahi baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 291, hadis nombor 1531. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن خيوان مرفوعا: «كان إذا سجد رفع العمامة عن جبهته».
[ابن سعد، «الضعيفة» (4200)]

(Lemah) Daripada Soleh bin Khaywan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika baginda (Nabi S.A.W.) sujud, baginda akan mengangkat serban daripada dahi baginda.
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4200]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs