Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Baginda ﷺ membuka Kota Mekkah

Teks Bahasa Melayu

Ketika Baginda ﷺ membuka Kota Mekkah, maka Iblis memanggil (dengan suara nyaring) sehingga berkumpul seluruh tenteranya, maka dia berkata: Putus asa lah kalian untuk menyesatkan umat Muhammad daripada melakukan kesyirikan setelah hari ini, tetapi munculkanlah fitnah (kekacauan) dalam agama mereka, dan sebarkan tangisan (meratap kematian) dalam kalangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis no. 2702.

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: «لما افتتح مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده، فقال: ایأسوا أن ترتد أمه محمد على الشرك بعد يومكم هذا، ولكن افتنوهم في دينهم، وأفشوا فيهم النوح». [طب، (الضعيفة)، (5004)]

(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Ketika Baginda ﷺ membuka Kota Mekkah, maka Iblis memanggil (dengan suara nyaring) sehingga berkumpul seluruh tenteranya, maka dia berkata: Putus asa lah kalian untuk menyesatkan umat Muhammad daripada melakukan kesyirikan setelah hari ini, tetapi munculkanlah fitnah (kekacauan) dalam agama mereka, dan sebarkan tangisan (meratap kematian) dalam kalangan mereka. [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5004]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.