Ketika baginda ﷺ membuka kota Mekah, iblis membunyikan satu deringan

TEKS BAHASA ARAB

لما افتتح – صلى الله عليه وسلم – مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده، فقال: ايأسوا أن ترتد أمة محمد على الشرك بعد يومكم هذا، ولكن افتنوهم في دينهم، وأفشوا فيهم النوح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika baginda ﷺ membuka kota Mekah, iblis membunyikan satu deringan yang mengumpulkan bala tenteranya, lalu berkata: “Kalian berputus asalah untuk memurtadkan umat Muhammad kepada kesyirikan selepas hari ini. Namun, timbulkanlah fitnah pada agama mereka, dan tularkan amalan meratap dalam kalangan mereka.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 309, hadis nombor 1630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((لما افتتح – صلى الله عليه وسلم – مكة رن إبليس رنة اجتمعت إليه جنوده، فقال: ايأسوا أن ترتد أمة محمد على الشرك بعد يومكم هذا، ولكن افتنوهم في دينهم، وأفشوا فيهم النوح)). [طب، ((الضعيفة)) (5004)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, dia berkata: Ketika baginda ﷺ membuka kota Mekah, iblis membunyikan satu deringan yang mengumpulkan bala tenteranya, lalu berkata: “Kalian berputus asalah untuk memurtadkan umat Muhammad kepada kesyirikan selepas hari ini. Namun, timbulkanlah fitnah pada agama mereka, dan tularkan amalan meratap dalam kalangan mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5004].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs