Ketika anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri ‘Uthman wafat

TEKS BAHASA ARAB

لما ماتت بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم التي تحت عثمان قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زوجوا عثمان لو كان لي ثالثة لزوجته وما زوجته إلا بالوحي من الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri ‘Uthman wafat, Rasulullah SAW, bersabda: Kahwinilah ‘Uthman, jika saya masih ada anak perempuan ketiga, saya akan kahwinkan dia dengan ‘Uthman. Saya tidak kahwinkan anak perempuan saya dengannya, melainkan kerana wahyu daripada Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis nombor 5371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عصمة قال: لما ماتت بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم التي تحت عثمان قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زوجوا عثمان لو كان لي ثالثة لزوجته وما زوجته إلا بالوحي من الله عز وجل. [طب، الضعيفة (3985)]

[Palsu] Daripada ‘Ismah, beliau menceritakan, Ketika anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri ‘Uthman wafat, Rasulullah SAW, bersabda: Kahwinilah ‘Uthman, jika saya masih ada anak perempuan ketiga, saya akan kahwinkan dia dengan ‘Uthman. Saya tidak kahwinkan anak perempuan saya dengannya, melainkan kerana wahyu daripada Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.