Ketika anak perempuan Hamzah tiba di Madinah, ‘Ali, Ja’far dan Zaid saling bertengkar

TEKS BAHASA ARAB

لما قدمت ابنة حمزة المدينة؛ اختصم فيها علي وجعفر وزید. فقال رسول الله: ((قولوا؛ أسمع)). فقال زيد: هي ابنة أخي وأنا أحق بها، وقال علي: ابنة عمي وأنا جئت بها، وقال جعفر: ابنة عمي وخالتها عندي، قال: ((خذها یا جعفر! أنت أحقهم بها». فقال رسول الله: «لأقضين بينكم. أما أنت یا زید! فمولاي وأنا مولاك. وأما أنت یا جعفر فأشبهت خلقي وخلقي. وأما أنت يا علي! فأنت مني بمنزلة هارون من موسی؛ إلا النبوة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika anak perempuan Hamzah tiba di Madinah, ‘Ali, Ja’far dan Zaid saling bertengkar kerananya. Kemudian Rasulullah berkata: “Berikan hujah kalian, aku akan dengar.” Zaid pun berkata: “Dia ialah anak saudaraku dan aku lebih berhak menikahinya.” Kemudian ‘Ali berkata: “Dia ialah sepupuku dan aku yang menjaganya.” Ja’far pula berkata: “Dia sepupuku dan makciknya hidup bersamaku.” Kemudian Rasulullah memutuskan: “Ambillah dia wahai Ja’far! Kamu lebih berhak berbanding mereka berdua.” Rasulullah menambah lagi: “Aku mahu bercakap dengan kalian semua. Adapun kamu Zaid! Kamu ialah penjagaku dan aku ialah penjagamu. Adapun kamu wahai Ja’far! Kau mirip sepertiku (dari segi fizikal) dan perilakuku. Adapun kamu wahai ‘Ali! Kamu di sampingku ialah seperti pangkat Harun di sisi Musa; kecuali aspek kenabian.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1881, hadis nombor 9476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن عبد الله بن جعفر، قال: لما قدمت ابنة حمزة المدينة؛ اختصم فيها علي وجعفر وزید. فقال رسول الله: ((قولوا؛ أسمع)). فقال زيد: هي ابنة أخي وأنا أحق بها، وقال علي: ابنة عمي وأنا جئت بها، وقال جعفر: ابنة عمي وخالتها عندي، قال: ((خذها یا جعفر! أنت أحقهم بها». فقال رسول الله: «لأقضين بينكم. أما أنت یا زید! فمولاي وأنا مولاك. وأما أنت یا جعفر فأشبهت خلقي وخلقي. وأما أنت يا علي! فأنت مني بمنزلة هارون من موسی؛ إلا النبوة)). (ابن عساکر، ((الضعيفة)) (4934)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada ‘Abdullah bin Ja’far, dia berkata: Ketika anak perempuan Hamzah tiba di Madinah, ‘Ali, Ja’far dan Zaid saling bertengkar kerananya. Kemudian Rasulullah berkata: “Berikan hujah kalian, aku akan dengar.” Zaid pun berkata: “Dia ialah anak saudaraku dan aku lebih berhak menikahinya.” Kemudian ‘Ali berkata: “Dia ialah sepupuku dan aku yang menjaganya.” Ja’far pula berkata: “Dia sepupuku dan makciknya hidup bersamaku.” Kemudian Rasulullah memutuskan: “Ambillah dia wahai Ja’far! Kamu lebih berhak berbanding mereka berdua.” Rasulullah menambah lagi: “Aku mahu bercakap dengan kalian semua. Adapun kamu Zaid! Kamu ialah penjagaku dan aku ialah penjagamu. Adapun kamu wahai Ja’far! Kau mirip sepertiku (dari segi fizikal) dan perilakuku. Adapun kamu wahai ‘Ali! Kamu di sampingku ialah seperti pangkat Harun di sisi Musa; kecuali aspek kenabian.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4934]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs