Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, Baginda menetap di sana dalam tempoh yang Dia kehendaki

Teks Bahasa Arab

لما أهبط اللهُ تعالى آدمَ إلى الأرضِ ؛ مكث فيها ما شاء اللهُ أن يمكثَ ، ثم قال له بنوهُ : يا أبانا ! تكلم . قال : فقام خطيبًا في أربعين ألفًا من ولدِه ، وولدِ ولدِه ، وولدِ ولدِ ولدِه ، فقال : إنَّ اللهَ أمرني فقال : يا آدمُ ! أقلَّ كلامَك حتى ترجعَ إلى جواري.

Teks Bahasa Melayu

Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, Baginda menetap di sana dalam tempoh yang Dia kehendaki. Kemudian anak-anaknya berkata kepadanya: Wahai ayah, bercakaplah. Kemudian Baginda berdiri memberi ucapan kepada 40,000 orang dari kalangan anak, cucu dan cicitnya. Baginda berkata: Sesungguhnya Allah SWT yang memerintahkan aku (untuk tidak bercakap). Lalu Dia berfirman: Wahai Adam, kurangkan percakapanmu sehingga engkau kembali ke sisi-Ku.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 132, hadis no. 661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: لما أهبط الله تعالى آدم إلى الأرض مكث فيها ما شاء الله أن يمكث ثم قال له بنوه: يا أبانا تكلّم قال: فقام خطيباً في أربعين ألفاً من ولده وولد ولده وولد ولد ولده فقال: إن الله أمرني فقال: يا آدم أقل كلامك حتى ترجع إلى جواري. [خط، ابن عساکر، الضعيفة (6195)].

(Terlalu Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, Baginda menetap di sana dalam tempoh yang Dia kehendaki. Kemudian anak-anaknya berkata kepadanya: Wahai ayah, bercakaplah. Kemudian Baginda berdiri memberi ucapan kepada 40,000 orang dari kalangan anak, cucu dan cicitnya. Baginda berkata: Sesungguhnya Allah SWT yang memerintahkan aku (untuk tidak bercakap). Lalu Dia berfirman: Wahai Adam, kurangkan percakapanmu sehingga engkau kembali ke sisi-Ku. [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6195)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.