Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما خَلَقَ الله الأرضَ واستَوَى إلى السماءِ، فسوَّاهُنَّ سبعَ سماواتٍ، وخَلَقَ العرشَ؛ كَتَبَ على ساقِ العرشِ: محمد رسول الله؛ خاتِمُ الأنبياءِ. وخلق الجنة التي أَسْكَنَهَا آدم وحواء فكَتَبَ اِسْمِيْ على الأبوابِ والأوراقِ والقبابِ والخيام؛ وآدم بين الروح والجسد، فلمَّا أَحْيَاهُ الله -تعالى-؛ نظر إلى العَرْشِ فرأى اسمي، فأخبره الله أنه سَيِّدُ وَلَدِكَ. فلمَّا غَرَّهُمَا الشيطانُ؛ تَابَا واسْتَشْفَعَا باسمي إليه.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah SWT menciptakan bumi dan beristiwa (bersemayam) di langit, maka Dia menjadikan tujuh lapisan langit, dan menjadikan Arasy, maka Dia telah menulis (tentang kenabian) di tiang Arasy: Muhammad Rasulullah; penutup sekalian Nabi. Kemudian Allah SWT menjadikan syurga tempat Adam dan Hawa tinggal berdua di dalamnya. Allah SWT menulis namaku di pintu-pintu, daun-daun, kubah-kubah dan mahligai-mahligai; Adam (dalam keadaan) antara roh dan jasad. Apabila Allah menghidupkannya; dia (Adam) memandang ke arah Arasy, lalu dia melihat nama aku (terdapat di Arasy) dan Allah SWT memberitahunya bahawa sesungguhnya dia (Nabi Muhamad SAW) adalah penghulu kepada anak-anak keturunan engkau (wahai Adam). Dan ketika mana syaitan memperdayakan mereka berdua (Adam dan Hawa), mereka pun kembali bertaubat dan memohon syafaat dengan (menyebut) nama aku (Nabi Muhamad) kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Maisarah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis no. 5844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ميسرة رضي الله عنه قال: قلتُ: يا رسول الله متى كُتِبْتَ نبيا؟ قال:لما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء فسواهن سبع سماوات وخلق العرش كتب على ساق العرش: محمد رسول الله خاتم الأنبياء. وخلق الجنة التي أسكنها آدم وحواء فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام وآدم بين الروح والجسد فلما أحياه الله تعالى نظر إلى العرش فرأى اسمي فأخبره الله أنه سيد ولدك. فلما غرهما الشيطان تابا واستشفعا باسمي إليه. [ابن بشران ومن طريقه أبو الفرج في الوفا بفضائل المصطفى، الضعيفة (5709)]
(Munkar) Daripada Maisarah RA, telah berkata: Aku telah bertanya: Wahai Rasulullah, Wahai Rasulullah, bilakah engkau ditulis sebagai nabi itu tertulis? Nabi SAW bersabda: Ketika Allah SWT menciptakan bumi dan beristiwa (bersemayam) di langit, maka Dia menjadikan tujuh lapisan langit, dan menjadikan Arasy, maka Dia telah menulis (tentang kenabian) di tiang Arasy: Muhammad Rasulullah; penutup sekalian Nabi. Kemudian Allah SWT menjadikan syurga tempat Adam dan Hawa tinggal berdua di dalamnya. Allah SWT menulis namaku di pintu-pintu, daun-daun, kubah-kubah dan mahligai-mahligai; Adam (dalam keadaan) antara roh dan jasad. Apabila Allah menghidupkannya; dia (Adam) memandang ke arah Arasy, lalu dia melihat nama aku (terdapat di Arasy) dan Allah SWT memberitahunya bahawa sesungguhnya dia (Nabi Muhamad SAW) adalah penghulu kepada anak-anak keturunan engkau (wahai Adam). Dan ketika mana syaitan memperdayakan mereka berdua (Adam dan Hawa), mereka pun kembali bertaubat dan memohon syafaat dengan (menyebut) nama aku (Nabi Muhamad) kepada-Nya. [Riwayat Ibn Bishran daripada jalan Abu al-Farju dalam al-Wafa bi Fadha’il al-Mustafa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5709]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman