Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Allah swt menciptakan Adam AS, baginda diberi pilihan akan keturunannya

Teks Bahasa Arab

لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ آدَمَ عليه السلامُ؛ خُيِّرَ بِبَنِيهِ، فَجَعَلَ يَرَى فَضَائِلَ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضٍ، فَرَآى نُوراً سَاطِعاً فِي أَسْفَلِهِمْ فَقَالَ: "يَا رَبِّ! مَنْ هَذَا؟" قَالَ: {هَذَا ابْنُكَ أَحْمَدُ، هُوَ أَوَّلٌ، وَهو آخَرٌ، وَهُوَ أَوَّلُ شَافِعٍ}.

Teks Bahasa Melayu

Ketika Allah SWT menciptakan Adam AS, baginda diberi pilihan akan keturunannya. Kemudian baginda mula diperlihatkan kelebihan sebahagian mereka berbanding yang lain. Lalu baginda melihat ada satu cahaya memancar di bawah mereka. Adam bertanya: Tuhanku, siapakah yang bercahaya ini? Allah berfirman: Itu adalah anakmu, Muhammad. Dia yang pertama, dia yang terakhir, dan dia yang pertama memberi syafaat}

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1092, hadis no. 5548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ آدَمَ عليه السلامُ، خُيِّرَ بِبَنِيهِ، فَجَعَلَ يَرَى فَضَائِلَ بَعْضِهِمْ عَلَى بَعْضٍ فَرَآى نُورًا سَاطِعًا فِي أَسْفَلِهِمْ فَقَالَ: "يَا رَبِّ مَنْ هَذَا؟ قَالَ: هَذَا ابْنُكَ أَحْمَدُ، هُوَ أَوَّلٌ وَهو آخَرٌ وَهُوَ أَوَّلُ شَافِعٍ. [السراج في حديثه، الخلدي في الفوائد، المخلص في الفوائد المنتقاه، ابن عساكر، الضعيفة (6482)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tatkala Allah SWT menciptakan Adam AS, baginda diberi pilihan akan keturunannya. Kemudian baginda mula diperlihatkan kelebihan sebahagian mereka berbanding yang lain. Lalu baginda melihat ada satu cahaya memancar di bawah mereka. Adam bertanya: “Tuhanku, siapakah yang bercahaya ini?”. Allah berfirman, {Itu adalah anakmu, Ahmad. Dia yang pertama, dia yang terakhir, dan dia yang pertama memberi syafaat. [Riwayat al-Sarraj dalam al-Hadith, riwayat al-Khuldi dalam al-Fawa’id, riwayat al-Mukhlis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6482].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.