Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا أَهْبَطَ اللَّهُ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، قَامَ وِجَاهَ الْكَعْبَةِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، فَأَلْهَمَهُ اللَّهُ هَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ! إِنَّكَ تَعْلَمُ سَرِيرَتِي وَعَلَانِيَتِي، فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي، وَتَعْلَمُ حَاجَتِي، فَأَعْطِنِي سُؤْلِي، وَتَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي. اللَّهُمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَاناً يُبَاشِرُ قَلْبِي، وَيَقِيناً صَادِقاً حَتَّى أَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي، وَرِضاً بِمَا قَسَمْتَ لِي! فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: يَا آدَمُ! إِنِّي قَدْ قَبِلْتُ تَوْبَتَكَ، وَغَفَرْتُ لَكَ ذَنْبكَ، وَلَنْ يَدْعُنِي أَحَدٌ بِهَذَا الدُّعَاءِ إِلَّا غَفَرْتُ لَهُ ذَنْبَهُ، وَكَفَيْتُهُ الْمُهِمَّ مِنْ أَمْرِهِ، وَزَجَرْتُ عَنْهُ الشَّيْطَانَ، وَاتَّجَرْتُ لَهُ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تَاجِرٍ، وَأَقْبَلَتْ إِلَيْهِ الدُّنْيَا رَاغِمَةً، وَإِنْ لَمْ يُرِدْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah menurunkan Nabi Adam ke dunia, Baginda bangkit menghadap Kaabah dan solat dua rakaat. Lalu Allah mengilhamkan doa ini kepadanya: Wahai Allah! Sesungguhnya Kau mengetahui rahsia dan zahirku, maka terimalah permohonan maafku. Kau mengetahui keinginanku, maka kurniakanlah permintaanku kepadaku. Dan Kau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunkanlah dosaku. Wahai Allah! Aku memohon iman yang menguasai hatiku daripadamu, keyakinan yang tulus sehingga aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang akan menimpaku melainkan Kau telah tetapkannya untukku, dan keredaan terhadap apa yang Kau telah susun untukku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menerima taubatmu, dan Aku telah mengampunkan dosamu. Dan tiada seorang pun yang berdoa dengan doa ini melainkan Aku akan mengampunkan dosanya, Aku akan cukupkan urusan-urusan kehidupannya yang penting, Aku akan menghalang syaitan daripadanya, Aku akan berdagang dengannya membelakangi semua peniaga, dan dunia akan tunduk menerimanya meski dia tidak menginginkannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2058, hadis no. 10340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah menurunkan Nabi Adam ke dunia, Baginda bangkit menghadap Kaabah dan solat dua rakaat. Lalu Allah mengilhamkan doa ini kepadanya: Wahai Allah! Sesungguhnya Kau mengetahui rahsia dan zahirku, maka terimalah permohonan maafku. Kau mengetahui keinginanku, maka kurniakanlah permintaanku kepadaku. Dan Kau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunkanlah dosaku. Wahai Allah! Aku memohon iman yang menguasai hatiku daripadamu, keyakinan yang tulus sehingga aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang akan menimpaku melainkan Kau telah tetapkannya untukku, dan keredaan terhadap apa yang Kau telah susun untukku! Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menerima taubatmu, dan Aku telah mengampunkan dosamu. Dan tiada seorang pun yang berdoa dengan doa ini melainkan Aku akan mengampunkan dosanya, Aku akan cukupkan urusan-urusan kehidupannya yang penting, Aku akan menghalang syaitan daripadanya, Aku akan berdagang dengannya membelakangi semua peniaga, dan dunia akan tunduk menerimanya meski dia tidak menginginkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6411]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman