Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Allah mengeluarkan Adam dari syurga

Teks Bahasa Arab

لما أخرج اللهُ آدمَ من الجنةِ ؛ زوَّدَه من ثمارِ الجنةِ ، وعلَّمَه صنعةَ كلِّ شيٍء ؛ فثمارُكم هذه من ثمارِ الجنةِ ، غيرَ أنَّ هذه تغيَّرُ وتلك لا تغيَّرُ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika Allah mengeluarkan Adam dari syurga, Allah membekalkan buah syurga, dan mengajarkannya segala sesuatu, buah-buahan kamu ini merupakan buah-buahan syurga melainkan ini berubah, dan buah-buahan itu tidak berubah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa al-Asy'ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 689, hadis no. 3543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مرفوعا، صحيح موقوفا) عن أبي موسى -رضي الله عنه-، قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لما أخرج اللهُ آدم من الجنة؛ زوده من ثمار الجنة، وعلمه صنعة كل شيء؛ فثماركم هذه من ثمار الجنة، غير أن هذه تغير، وتلك لا تغير)) [البزار، ((الضعيفة)) (6193)]

(Lemah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), Sahih secara mauquf (terputus sanad)) Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ketika Allah mengeluarkan Adam dari syurga, Allah membekalkan buah syurga, dan mengajarkannya segala sesuatu, buah-buahan kamu ini merupakan buah-buahan syurga melainkan ini berubah, dan buah-buahan itu tidak berubah.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6193]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.