Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا أخذَ اللهُ ميثاقَ العبادِ؛ جُعِلَ في الحجَرِ، فمَن الوفاءِ بالبيعةِ استِلامُ الحجرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah mengambil perjanjian dengan hamba-Nya, Dia meletakkannya di Hajar al-Aswad. Maka antara tanda menunaikan janji adalah menyentuh Hajar al-Aswad.
Sahabat Perawi
- Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 754, hadis no. 3862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لما أخذ الله ميثاق العباد؛ جعل في الحجر، فمن الوفاء بالبيعة استلام الحجر)). [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (5818)]
(Palsu) Daripada al-Husain RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah mengambil perjanjian dengan hamba-Nya, Dia meletakkannya di Hajar al-Aswad. Maka antara tanda menunaikan janji adalah menyentuh Hajar al-Aswad. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5818]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman