Apabila Allah mengambil kata janji seorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

لما أخذ الله ميثاق العباد؛ جعل في الحجر، فمن الوفاء بالبيعة استلام الحجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah mengambil kata janji seorang hamba, ia diletakkan al-Hajar (al-Hajar al-Aswad). Antara perbuatan menepati baiah yang telah dilakukan ialah melambai kepada al-Hajar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis nombor 7804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن حسين – رضي الله عنه -،قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: ((لما أخذ الله ميثاق العباد؛ جعل في الحجر، فمن الوفاء بالبيعة استلام الحجر)).
[الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، (( الضعيفة)) (5818)].

(Palsu)
Daripada al-Husain RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Apabila Allah mengambil kata janji seorang hamba, ia diletakkan al-Hajar (al-Hajar al-Aswad). Antara perbuatan menepati baiah yang telah dilakukan ialah melambai kepada al-Hajar.”
[Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tohirah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5818].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs