Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam di atas langit

Teks Bahasa Arab

لَمَّا خلقَ اللَّهُ الأرضَ واستوى إلى السَّماءِ ، فسَوَّاهُنَّ سبعَ سماوَاتٍ ، وخلقَ العرشَ ؛ كتَبَ على ساقِ العرشِ : مُحمَّدٌ رسولُ اللَّهِ ؛ خاتَمُ الأنبياءِ . وخلقَ الجنَّةَ التي أسكنهَا آدمَ وحوَّاءَ ، فكتبَ اسمي على الأبوابِ والأوراقِ والقِبابِ والخيامِ ؛ وآدمُ بينَ الرُّوحِ والجسَدِ ، فلمَّا أحياهُ اللَّهُ تعالى ؛ نظر إلى العرشِ فرأى اسمي ، فأخبرَهُ اللَّهُ أنَّهُ سيِّدُ ولدِكَ . فلمَّا غرَّهُما الشَّيطانُ ؛ تابا واستشفَعا باسمي إليهِ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam di atas langit dan menjadikan 7 langit dengan sempurna, menciptakan Arasy, Dia telah menulis pada Arasy: Muhammad pesuruh Allah, penutup segala nabi. Dia menciptakan syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa, lalu Dia menulis namaku di atas pintu, daun, kambing dan khemah, Adam pula berada di antara roh dan jasad. Apabila Allah menghidupkan baginda, Dia melihat ke arah Arasy lalu melihat namaku. Lalu Allah mengkhabarkannya bahawa dia ialah tuan kepada anakmu. Selepas mereka berdua ditipu syaitan, mereka berdua bertaubat dan mendapat syafaat kerana namaku.

Sahabat Perawi

  1. Maisarah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 682 - 683, hadis no. 3511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ميسرة قال: قلت: يا رسول الله متى كتبت نبيا؟ قال: ((لما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء فسواهن سبع سماوات وخلق العرش، كتب على ساق العرش: محمد رسول الله خاتم الأنبياء، وخلق الجنة التي أسكنها آدم وحواء. فكتب اسمي على الأبواب والأوراق ‌والقباب والخيام وآدم بين الروح والجسد. فلما أحياه الله تعالى، نظر إلى العرش. فرأى اسمي. فأخبره الله أنه سيد ولدك. فلما غرهما الشيطان، تابا واستشفعا باسمي إليه)). [ابن بشران ومن طريقه أبو الفرج في ((الوفاء بفضائل المصطفى))، ((الضعيفة)) (5709)]

(Munkar) Daripada Maisarah RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bilakah engkau ditetapkan menjadi Nabi? Baginda bersabda: “Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam di atas langit dan menjadikan 7 langit dengan sempurna, menciptakan Arasy, Dia telah menulis pada Arasy: Muhammad pesuruh Allah, penutup segala nabi. Dia menciptakan syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa, lalu Dia menulis namaku di atas pintu, daun, kambing dan khemah, Adam pula berada di antara roh dan jasad. Apabila Allah menghidupkan baginda, Dia melihat ke arah Arasy lalu melihat namaku. Lalu Allah mengkhabarkannya bahawa dia ialah tuan kepada anakmu. Selepas mereka berdua ditipu syaitan, mereka berdua bertaubat dan mendapat syafaat kerana namaku." [Riwayat Ibn Busyran dan dari jalannya Abu al-Faraj dalam al-Wafa’ bi Fadhail al-Mustafa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5709]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.