Ketika Allah menciptakan Adam AS serta zuriatnya, malaikat berkata

TEKS BAHASA ARAB

لما خلق الله آدم -عليه السلام- وذريته؛ قالت الملائكة: يا رب! خلقتهم ياكلون ويشربون وينكحون، ويركبون، فاجعل لهم الدنيا ولنا الآخرة! فقال الله -تبارك وتعالى-: لا أجعل من خلقته بيدي ونفخت فيه روحي كمن قلت له: (كن) فكان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Allah menciptakan Adam AS serta zuriatnya, malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Engkau menciptakan mereka boleh makan, minum, berkahwin dan menunggang. Maka jadikanlah dunia buat mereka dan akhirat buat kami!” Maka Allah pun menjawab: “Aku tak jadikan apa yang Aku cipta dengan tangan-Ku dan Aku tiupkan padanya roh Aku sebagaimana Aku ciptakan dengan (berkata kepadanya): “Jadilah, maka terjadilah ia.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1872, hadis nombor 9436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله الأنصاري -رضي الله عنهما- أن النبي ﷺ قال: ((لما خلق الله آدم -عليه السلام- وذريته؛ قالت الملائكة: يا رب! خلقتهم ياكلون ويشربون، وينكحون ويركبون، فاجعل لهم الدنيا ولنا الآخرة! فقال الله -تبارك وتعالى-: لا أجعل من خلقته بيدي ونفخت فيه روحي كمن قلت له: (كن) فكان)). [هب، ((الضعيفة)) (4980)].

(Lemah) daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari RA, Nabi SAW berkata: Ketika Allah menciptakan Adam AS serta zuriatnya, malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Engkau menciptakan mereka boleh makan, minum, berkahwin dan menunggang. Maka jadikanlah dunia buat mereka dan akhirat buat kami!” Maka Allah pun menjawab: “Aku tak jadikan apa yang Aku cipta dengan tangan-Ku dan Aku tiupkan padanya roh Aku sebagaimana Aku ciptakan dengan (berkata kepadanya): “Jadilah, maka terjadilah ia.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs