Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما خلق اللهُ آدمَ وذريتَه؛ قالت الملائكةُ: يا ربِّ! خلقتُهم يأكلون، ويشربون، وينكحون، ويركبون، فاجعل لهم الدنيا ولنا الآخرةَ! قال اللهُ - تعالى -: لا أجعل من خلقتُه بيديَّ، ونفخت فيه من روحي؛ كمن قلتُ له: كن؛ فكان.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah menciptakan Adam AS serta zuriatnya, malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Engkau menciptakan mereka boleh makan, minum, berkahwin dan menunggang. Maka jadikanlah dunia buat mereka dan akhirat buat kami!" Maka Allah pun menjawab: "Aku tak jadikan apa yang Aku cipta dengan tangan-Ku dan Aku tiupkan padanya roh Aku sebagaimana Aku ciptakan dengan (berkata kepadanya): "Jadilah, maka terjadilah ia."
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1872, hadis no. 9436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari RA, Nabi SAW berkata: Ketika Allah menciptakan Adam AS serta zuriatnya, malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Engkau menciptakan mereka boleh makan, minum, berkahwin dan menunggang. Maka jadikanlah dunia buat mereka dan akhirat buat kami!" Maka Allah pun menjawab: "Aku tak jadikan apa yang Aku cipta dengan tangan-Ku dan Aku tiupkan padanya roh Aku sebagaimana Aku ciptakan dengan (berkata kepadanya): "Jadilah, maka terjadilah ia." [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4980]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman