TEKS BAHASA ARAB
لما تجلى الله تعالى للجبل؛ طارت لعظمته ستة أجبل، فوقعت ثلاثة في المدينة، وثلاثة في مكة: وقع بالمدينة أحد، وورقان، ورضوى، ووقع بمكة ثبير، وحراء، وثور.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Allah memunculkan zatnya di bukit, enam bukit berterbangan kerana keagungan-Nya. Tiga gugur di Madinah dan tiga lagi di Mekah. Bukit yang terletak di Madinah ialah Uhud, Warqan dan Radhwa manakala di Mekah pula bukit Thabir, Hira’ dan Thur.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1896, hadis nombor 9534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لما تجلى الله تعالى للجبل؛ طارت لعظمته ستة أجبل، فوقعت ثلاثة في المدينة، وثلاثة في مكة: وقع بالمدينة أحد، وورقان، ورضوى، ووقع بمكة ثبير، وحراء، وثور.
[ابن شبة، خط، ((الضعيفة)) (162، 5488)]
(Terlalu lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah memunculkan zatnya di bukit, enam bukit berterbangan kerana keagungan-Nya. Tiga gugur di Madinah dan tiga lagi di Mekah. Bukit yang terletak di Madinah ialah Uhud, Warqan dan Radhwa manakala di Mekah pula bukit Thabir, Hira’ dan Thur.
[Riwayat Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah, al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 162, 5488]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.