Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا تجلَّى اللهُ تعالَى للجبلِ؛ طارَت لعظمتِه ستَّةُ أجبُلٍ، فوقعَت ثلاثةٌ في المدينةِ، وثلاثةٌ في مكَّةَ: وقع بالمدينةِ أُحُدٌ، ووَرقانَ، ورَضوى، ووقع بمكةَ ثَبيرٌ، وحِراءُ، وثَورٌ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah memunculkan zatnya di bukit, enam bukit berterbangan kerana keagungan-Nya. Tiga gugur di Madinah dan tiga lagi di Mekah. Bukit yang terletak di Madinah ialah Uhud, Warqan dan Radhwa manakala di Mekah pula bukit Thabir, Hira’ dan Thur.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1896, hadis no. 9534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah memunculkan zatnya di bukit, enam bukit berterbangan kerana keagungan-Nya. Tiga gugur di Madinah dan tiga lagi di Mekah. Bukit yang terletak di Madinah ialah Uhud, Warqan dan Radhwa manakala di Mekah pula bukit Thabir, Hira’ dan Thur. [Riwayat Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah, al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 162, 5488]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman