Ketika Allah memilih roh, Ia memilih roh Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

 إِنَّ اللهَ لَمَّا اخْتَارَ الأَرْوَاحَ اخْتَارَ رُوحَ أَبِي بَكْرٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Allah memilih roh, Ia memilih roh Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah memalsukan hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq.
____________________________
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Al-Khatib di dalam sejarah Baghdad (14/35). Ibnu Jauzi di dalam Al-Maudhu’at (2/49). Az-Zahabi di dalam Al-Mizan (4/282) dalam biografi Harun bin Ahmad Al-‘Alaaf dan menetapkan bahawa ia adalah hadis batil.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon