Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketika Allah mahu mengahwinkan Ali dengan Fatimah RA, Allah mengarahkan malaikat untuk menggoncang pokok Tuba

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يُزَوِّجَ عَلِيًّا بِفَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَمَرَ مَلَكًا أَنْ يَهُزَّ شجرة طُوبَى، فَهَزَّهَا، فَنَثَرَتْ رَقَاقًا، يَعْنِي: صِكَاكًا، وَأَنْشَأَ اللَّهُ مَلائِكَةً فَالْتَقَطُوهَا، فإذا كانت الْقِيَامَةِ ثَارَتْ مَلائِكَةٌ فِي الْخَلْقِ، فَلا يَرَوْنَ مُحِبًّا لَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ مَحْضًا، إِلا دَفَعُوا إِلَيْهِ مِنْهَا كِتَابًا بَرَاءَةً لَهُ مِنَ النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika Allah mahu mengahwinkan Ali dengan Fatimah RA, Allah mengarahkan malaikat untuk menggoncang pokok Tuba. Lalu Malaikat menggoncangnya dan gugurlah sehelai lembaran. Lalu Allah mencipta malaikat dan mengutipnya. Apabila datang hari kiamat maka para malaikat bertebaran pada makhluk, mereka tidak melihat kecintaan yang tulus kepada kami, ahlu bayt melainkan akan diberikan kepadanya satu lembaran yang ditulis padanya pelepasan daripada api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Bilal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 382, hadis no. 91. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن بلال مرفوعا، وقال: رجاله كلهم مجهولن.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Bilal secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Para perawinya kesemuanya adalah majhul (tidak dikenali).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.