Ketika aku sedang tidur pada waktu isyak (malam) di Masjidilharam, tiba-tiba datang kepadaku seseorang

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا نائم عشاء في المسجد الحرام إذ أتاني آت؛ فأيقظني، فاستيقظت، فلم أر شيئا، ثم عدت إلى النوم، ثم أيقظني… فإذا أنا بهيئة خیال، فأتبعته بصري حتى خرجت من المسجد؛ فإذا أنا بدابة أدنى شبها بدوابكم هذه، بغالكم هذه؛ غير أنه مضطرب الأذنين يقال له: البراق، وكانت الأنبياء صلوات الله عليهم تركبه قبلي… ثم أتيت بالمعراج الذي تعرج عليه أرواح بني آدم، فلم ير الخلائق أحسن من المعراج، أما رأيتم الميت حين يشق بصره طامحا إلى السماء؟ فإنما يشق بصره طامحا إلى السماء عجبه بالمعراج… ثم صعدت إلى السماء الخامسة؛ فإذا أنا بهارون، ونصف لحيته بيضاء ونصفها سوداء، تكاد لحيته تصيب سرته من طولها… ثم صعدت إلى السماء السادسة؛ فإذا أنا بموسی، رجل آدم کثير الشعر لو كان عليه قميصان؛ لنفذ شعره دون القميص (وفي رواية: خرج شعره منهما!)، وإذا هو يقول: يزعم الناس أني أكرم على الله من هذا؛ بل هذا أكرم على الله مني…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang tidur pada waktu isyak (malam) di Masjidilharam, tiba-tiba datang kepadaku seseorang. Dia telah mengejutkanku sehingga aku tersedar namun aku tidak melihat sesiapa. Kemudian aku kembali tidur, kemudian dia mengejutkan aku… tiba-tiba aku mendapati sesuatu seperti bayang. Maka aku mengekorinya dengan mataku sehinggalah aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku berada pada tunggangan yang lebih kurang sahaja dengan tunggangan-tunggangan kalian ini, seperti baghal kalian ini cuma telinganya bergerak-gerak. Ia dipanggil Buraq. Nabi-nabi sebelumku telah menunggangnya. Kemudian aku diberi tangga yang digunakan oleh roh-roh anak Adam untuk naik. Segala ciptaan belum pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada tangga itu. Adakah kalian pernah melihat orang yang mati matanya mencerlung ke langit? Maka yang menyebabkan dia mencerlungkan pandangannya ke langit itu adalah kerana kagum dengan tangga itu… Seterusnya aku telah naik ke langit kelima. Lantas aku bertemu dengan Nabi Harun. Separuh janggutnya berwarna putih dan separuh lagi berwarna hitam. Hampir sahaja janggutnya itu mencecah pusatnya kerana panjangnya ia… Kemudian aku naik ke langit yang keenam. Lantas aku bertemu dengan Nabi Musa, seorang lelaki berkulit gelap dan lebat bulunya. Jika baginda memakai dua lapisan baju, nescaya bulu-bulunya itu akan terselit keluar menembusi bajunya. (Pada riwayat lain: Bulunya menembus keluar daripada kedua-dua baju tersebut). Kemudian Nabi Musa berkata: “Manusia menyangka aku ini lebih mulia di sisi Allah berbanding beliau ini (Nabi Muhammad ﷺ), walhal beliau ini (Nabi Muhammad ﷺ) lebih mulia di sisi Allah berbanding aku…”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 540-543, hadis nombor 2844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع. ولوائح الوضع عليه ظاهرة) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «بينا أنا نائم عشاء في المسجد الحرام إذ أتاني آت؛ فأيقظني، فاستيقظت، فلم أر شيئا، ثم عدت إلى النوم، ثم أيقظني… فإذا أنا بهيئة خیال، فأتبعته بصري حتى خرجت من المسجد؛ فإذا أنا بدابة أدني شبها بدوابكم هذه، بغالكم هذه؛ غير أنه مضطرب الأذنين يقال له: البراق، وكانت الأنبياء صلوات الله عليهم تركبه قبلي… ثم أتيت بالمعراج الذي تعرج عليه أرواح بني آدم، فلم ير الخلائق أحسن من المعراج، أما رأيتم الميت حين يشق بصره طامحا إلى السماء؟ فإنما يشق بصره طامحا إلى السماء عجبه بالمعراج… ثم صعدت إلى السماء الخامسة؛ فإذا أنا بهارون، ونصف لحيته بيضاء ونصفها سوداء، تكاد لحيته تصيب سرته من طولها… ثم صعدت إلى السماء السادسة؛ فإذا أنا بموسی، رجل آدم کثير الشعر لو كان عليه قميصان؛ لنفذ شعره دون القميص (وفي رواية: خرج شعره منهما!)، وإذا هو يقول: يزعم الناس أني أكرم على الله من هذا؛ بل هذا أكرم على الله مني…». الحديث بطوله في ست صفحات من نحو قياس صفحات هذا الكتاب. [ابن جرير، البيهقي في «الدلائل»، «الضعيفة» (6203)].

(Palsu. Tanda-tanda kepalsuan padanya jelas) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Ketika aku sedang tidur pada waktu isyak (malam) di Masjidilharam, tiba-tiba datang kepadaku seseorang. Dia telah mengejutkanku sehingga aku tersedar namun aku tidak melihat sesiapa. Kemudian aku kembali tidur, kemudian dia mengejutkan aku… tiba-tiba aku mendapati sesuatu seperti bayang. Maka aku mengekorinya dengan mataku sehinggalah aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku berada pada tunggangan yang lebih kurang sahaja dengan tunggangan-tunggangan kalian ini, seperti baghal kalian ini cuma telinganya bergerak-gerak. Ia dipanggil Buraq. Nabi-nabi sebelumku telah menunggangnya. Kemudian aku diberi tangga yang digunakan oleh roh-roh anak Adam untuk naik. Segala ciptaan belum pernah melihat sesuatu yang lebih indah daripada tangga itu. Adakah kalian pernah melihat orang yang mati matanya mencerlung ke langit? Maka yang menyebabkan dia mencerlungkan pandangannya ke langit itu adalah kerana kagum dengan tangga itu… Seterusnya aku telah naik ke langit kelima. Lantas aku bertemu dengan Nabi Harun. Separuh janggutnya berwarna putih dan separuh lagi berwarna hitam. Hampir sahaja janggutnya itu mencecah pusatnya kerana panjangnya ia… Kemudian aku naik ke langit yang keenam. Lantas aku bertemu dengan Nabi Musa, seorang lelaki berkulit gelap dan lebat bulunya. Jika baginda memakai dua lapisan baju, nescaya bulu-bulunya itu akan terselit keluar menembusi bajunya. (Pada riwayat lain: Bulunya menembus keluar daripada kedua-dua baju tersebut). Kemudian Nabi Musa berkata: “Manusia menyangka aku ini lebih mulia di sisi Allah berbanding beliau ini (Nabi Muhammad ﷺ), walhal beliau ini (Nabi Muhammad ﷺ) lebih mulia di sisi Allah berbanding aku…” (Kemudian disebutkan) hadis ini dengan panjangnya dalam enam halaman seperti halaman buku ini. [Riwayat Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tafsīrnya dan al-Bayhaqī dalam al-Dalā’il. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6203].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs