Ketika aku sedang mendirikan solat

TEKS BAHASA ARAB

بينما أنا أصلي إذ سمعت متكلما. يقول: اللهم! لك الحمد كله، بيدك الخير كله، إليك يرجع الأمر كله؛ علانيته وسره، فأهل أن تحمد، إنك على كل شيء قدير. اللهم! اغفر لي جميع ما مضى من ذنبي، واعصمني فيما بقي من عمري، وارزقني عملا زاكيا ترضى به عني. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ذاك ملك أتاك يعلمك تحميد ربك. قاله لحذيفة بن اليمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang mendirikan solat, aku mendengar seseorang berkata: ‘Ya Allah, sesungguhnya segala kepujian hanya bagi-Mu, segala kebaikan berada di tangan-Mu, kepada-Mu tempat kembali segala sesuatu, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi. Hanya Engkaulah yang layak dipuji, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segalanya. Ya Allah, ampunilah semua dosaku yang lepas dan peliharalah aku dalam hidupku yang berbaki ini. Kurniakanlah aku amalan suci yang dengannya Engkau redai terhadapku. Kemudian Nabi SAW berkata: Itulah malaikat yang datang mengajarmu untuk memuji Tuhanmu. Demikian yang Huzaifah katakannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1957, hadis nombor 9796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حذيفة بن اليمان – رضي الله عنه – أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: بينما أنا أصلي إذ سمعت متكلماً. يقول: اللهم! لك الحمد كله، بيدك الخير كله، إليك يرجع الأمر كله؛ علانيته وسره، فأهل أن تحمد، إنك على كل شيء قدير. اللهم! اغفر لي جميع ما مضى من ذنبي، واعصمني فيما بقي من عمري، وارزقني عملا زاكيا ترضى به عني. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ذاك ملك أتاك يعلمك تحميد ربك. قاله لحذيفة بن اليمان.
[حم، ابن أبي الدنيا في ((الهواتف)) ((الضعيفة)) (6850)]

(Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, dia bertemu Nabi SAW dan berkata: Ketika aku sedang mendirikan solat, aku mendengar seseorang berkata: ‘Ya Allah, sesungguhnya segala kepujian hanya bagi-Mu, segala kebaikan berada di tangan-Mu, kepada-Mu tempat kembali segala sesuatu, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi. Hanya Engkaulah yang layak dipuji, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segalanya. Ya Allah, ampunilah semua dosaku yang lepas dan peliharalah aku dalam hidupku yang berbaki ini. Kurniakanlah aku amalan suci yang dengannya Engkau redai terhadapku. Kemudian Nabi SAW berkata: Itulah malaikat yang datang mengajarmu untuk memuji Tuhanmu. Demikian yang Huzaifah katakannya.
[Riwayat Ahmad dan Ibn Abu al-Dunya dalam al-Hawatif. Lihat Silslah al-Da‘ifah, no. 6850]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs