Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang lalu menepuk antara dua bahuku

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا جالس؛ إذ جاء جبريل، فوكز بين كتفي، فقمت إلى شجرة مثل وكري الطير، فقعد في إحداهما، وقعدت في الأخرى، فسمت فارتفعت؛ حتى سدت الخافقين؛ وأنا أقلب بصري، ولو شئت أن أمس السماء لمسست، فنظرت إلى جبریل كأنه حلس لاطئ، فعرفت فضل علمه بالله علي، وفتح لي بابين من أبواب الجنة، ورأيت النور الأعظم، وإذا دون الحجاب رفرف الدر والياقوت، فأوحى إلي ما شاء أن يوحي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang lalu menepuk antara dua bahuku menyebabkan aku berdiri menghadap satu pohon seperti dua sarang burung, lalu Jibril duduk di salah satunya dan aku pula duduk di satu yang lain. Lalu pohon itu pun naik lalu meninggi hingga menutup timur dan barat. Aku pun mengubah pandanganku, jika aku mahu menyentuh langit, pasti aku boleh menyentuhnya. Lalu Aku melihat Jibril seakan-akan pelana yang melekat, lalu aku pun mengetahui kelebihan ilmu Jibril berkenaan Allah berbandingku. Jibril pun membukakan dua pintu daripada pintu-pintu syurga untukku dan aku melihat cahaya yang paling besar dan apabila menghampiri hijab, berbunyilah permata dan batu delima, lalu Allah wahyukan kepadaku apa yang Dia ingin wahyukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1892, hadis nombor 9524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((بينا أنا جالس؛ إذ جاء جبريل، فوكز بين كتفي، فقمت إلى شجرة مثل وكري الطير، فقعد في إحداهما، وقعدت في الأخرى، فسمت فارتفعت؛ حتى سدت الخافقين؛ وأنا أقلب بصري، ولو شئت أن أمس السماء لمسست، فنظرت إلى جبریل كأنه حلس لاطئ، فعرفت فضل علمه بالله علي، وفتح لي بابين من أبواب الجنة، ورأيت النور الأعظم، وإذا دون الحجاب مرفرف الدر والياقوت، فأوحى إلي ما شاء أن يوحي)). [ابن خزيمة في ((التوحيد))، ابن سعد، البزار، طس، حل، هب، ((الضعيفة))، (5444)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang lalu menepuk antara dua bahuku menyebabkan aku berdiri menghadap satu pohon seperti dua sarang burung, lalu Jibril duduk di salah satunya dan aku pula duduk di satu yang lain. Lalu pohon itu pun naik lalu meninggi hingga menutup timur dan barat. Aku pun mengubah pandanganku, jika aku mahu menyentuh langit, pasti aku boleh menyentuhnya. Lalu Aku melihat Jibril seakan-akan pelana yang melekat, lalu aku pun mengetahui kelebihan ilmu Jibril berkenaan Allah berbandingku. Jibril pun membukakan dua pintu daripada pintu-pintu syurga untukku dan aku melihat cahaya yang paling besar dan apabila menghampiri hijab, berbunyilah permata dan batu delima, lalu Allah wahyukan kepadaku apa yang Dia ingin wahyukan. [Riwayat Ibnu Khuzaimah dalam al-Tauhid, Ibnu Sa'd, al-Bazar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5444]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs