Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang kepadaku lalu membawaku

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل فحملني، فأدخلني جنة ربي – عز وجل -، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة، فانفلقت التفاحة بنصفين، فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنًا، ولا أجمل منها جمالا، تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله. فقلت: من أنت يا جارية؟ قالت: أنا من الحور العين، خلقني الله – عز وجل – من نور عرشه، فقلت: لمن أنت؟ قالت: للخليفة المظلوم عثمان بن عفان – رضي الله عنه -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang kepadaku lalu membawaku. Beliau memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku Azzawajalla. Lalu ketika aku sedang duduk (di situ), tiba-tiba dijadikan sebuah epal pada tanganku. Buah epal itu lalu terbelah menjadi dua bahagian, lalu keluar seorang gadis yang aku tidak pernah melihat seorang gadis pun yang lebih elok daripadanya, tidak juga yang lebih cantik daripadanya. Dia bertasbih dengan tasbih yang tidak pernah didengari seumpamanya oleh golongan awal mahupun golongan akhir. Maka aku bersabda: "Siapakah kamu wahai gadis?". Dia menjawab: "Aku daripada kalangan bidadari yang putih melepak. Allah Azzawajalla menciptakan aku dengan cahaya Arasy-Nya". Lalu aku bertanya: "Untuk siapakah kamu?". Dia menjawab: "Untuk khalifah yang dizalimi, Uthman bin ‘Affan RA".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 520, hadis nombor 2759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أوس بن أوس الثقفي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل فحملني، فأدخلني جنة ربي – عز وجل -، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة، فانفلقت التفاحة بنصفين، فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنًا، ولا أجمل منها جمالا، تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله. فقلت: من أنت يا جارية؟ قالت: أنا من الحور العين، خلقني الله – عز وجل – من نور عرشه، فقلت: لمن أنت؟ قالت: للخليفة المظلوم عثمان بن عفان – رضي الله عنه -». [طب، «الضعيفة» (5619)].

(Palsu) Daripada Aws bin Aws al-Thaqafi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Ketika aku sedang duduk, tiba-tiba Jibril datang kepadaku lalu membawaku. Beliau memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku Azzawajalla. Lalu ketika aku sedang duduk (di situ), tiba-tiba dijadikan sebuah epal pada tanganku. Buah epal itu lalu terbelah menjadi dua bahagian, lalu keluar seorang gadis yang aku tidak pernah melihat seorang gadis pun yang lebih elok daripadanya, tidak juga yang lebih cantik daripadanya. Dia bertasbih dengan tasbih yang tidak pernah didengari seumpamanya oleh golongan awal mahupun golongan akhir. Maka aku bersabda: "Siapakah kamu wahai gadis?". Dia menjawab: "Aku daripada kalangan bidadari yang putih melepak. Allah Azzawajalla menciptakan aku dengan cahaya Arasy-Nya". Lalu aku bertanya: "Untuk siapakah kamu?". Dia menjawab: "Untuk khalifah yang dizalimi, Uthman bin ‘Affan RA". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5619].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs