Allah SWT menciptakan bidadari untuk khalifah yang dizalimi

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل صلى الله عليه وسلم فحملني ، فأدخلني جنة ربي عز وجل ، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة ، فانفلقت التفاحة بنصفين فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنا ولا أجمل منها جمالا تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله فقلت من أنت يا جارية قالت أنا من الحور العين خلقني الله عز وجل من نور عرشه فقلت لمن أنت قالت للخليفة المظلوم عثمان بن عفان رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang duduk, Jibril AS datang kepadaku dan membawaku pergi. Kemudian dia memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku Azza Wa Jalla. Ketika aku sedang duduk, diletakkan pada tanganku sebiji epal. Lalu epal itu terbelah dua lalu keluarlah seorang wanita. Aku tidak pernah melihat wanita secantik itu Dia bertasbih dengan tasbih yang tidak pernah didengari oleh golongan awal dan akhir seumpama dengannya. Aku bertanya: "Siapakah engkau wahai wanita?" Dia menjawab: "Aku dari kalangan Hur al-Ain. Allah Ta’ala telah menciptakanku daripada cahaya Arasy-Nya." Lalu aku bertanya: "Engkau (diciptakan) untuk siapa?" Dia menjawab: "Untuk khalifah yang dizalimi Uthman bin Affan RA."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680 – 681, hadis nombor 3501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أوس بن أوس الثقفي-رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل صلى الله عليه وسلم فحملني، فأدخلني جنة ربي عز وجل، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة، فانفلقت التفاحة بنصفين فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنا ولا أجمل منها جمالا تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله. فقلت: من أنت يا جارية؟ قالت: أنا من الحور العين، خلقني الله عز وجل من نور عرشه. فقلت: لمن أنت؟ قالت: للخليفة المظلوم عثمان بن عفان رضي الله عنه)). [طب، ((الضعيفة)) (5619)]

(Palsu) Daripada Aus bin Aus al-Thaqafi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku sedang duduk, Jibril AS datang kepadaku dan membawaku pergi. Kemudian dia memasukkan aku ke dalam syurga Tuhanku Azza Wa Jalla. Ketika aku sedang duduk, diletakkan pada tanganku sebiji epal. Lalu epal itu terbelah dua lalu keluarlah seorang wanita. Aku tidak pernah melihat wanita secantik itu Dia bertasbih dengan tasbih yang tidak pernah didengari oleh golongan awal dan akhir seumpama dengannya. Aku bertanya: "Siapakah engkau wahai wanita?" Dia menjawab: "Aku dari kalangan Hur al-Ain. Allah Ta’ala telah menciptakanku daripada cahaya Arasy-Nya." Lalu aku bertanya: "Engkau (diciptakan) untuk siapa?" Dia menjawab: "Untuk khalifah yang dizalimi Uthman bin Affan RA." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5619]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs