Daif

30/06/2024

minit bacaan



Ketika aku sedang bersama dengan Nabi SAW tiba-tiba seekor kambing milik jiran kami masuk (ke kawasan rumah kami). Lalu ia mengambil cebisan roti kami. Aku pun bangun menuju ke arahnya dan aku mengambil ia dari mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesungguhnya tidak sedikit (bukan suatu yang ringan) perbuatan menyakiti jiran

Teks Bahasa Arab

إِنَّهُ لَا قَلِيلَ مِنْ أَذَى الْجَارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya tidak sedikit (bukan suatu yang ringan) perbuatan menyakiti jiran.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 153, hadis no. 770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنه -، قال: بينما أنا مع النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذ دخلت شاة لجارٍ لنا، فأخذت قرصاً لنا، فقمت إليها فأخذته من بين لحييها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنه لا قليل من أذى الجار)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، و ((مساوئ الأخلاق))، ((الضعيفة)) (6787)]

(Daif) Daripada Ummu Salamah RA beliau berkata: Ketika aku sedang bersama dengan Nabi SAW tiba-tiba seekor kambing milik jiran kami masuk (ke kawasan rumah kami). Lalu ia mengambil cebisan roti kami. Aku pun bangun menuju ke arahnya dan aku mengambil ia dari mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesungguhnya tidak sedikit (bukan suatu yang ringan) perbuatan menyakiti jiran’’. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, serta Masawi’ al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6787].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.