Syaz

30/06/2024

minit bacaan



Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba kelihatan sekelompok kecil manusia

Teks Bahasa Arab

بَيْنَا أَنَا قَائِمٌ، فَإِذَا زُمْرَةٌ، حَتَّى إِذَا عَرَفَتْهُمْ؛ خَرَجَ رَجُل مِنْ بَيْنِي وَبَيْنِهِمْ فَقَالَ: هَلُمَّ. فَقُلْت: إِلَى أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى النَّارِ وَاللَّهِ! قُلْتُ: وَمَا شَأْنُهُمْ؟ قَالَ: إِنَّهُمُ ارْتَدُّوا بَعْدَكَ عَلَى أَدْبَارِهِمُ الْقَهْقَرَى. ثُمَّ إِذَا زُمْرَةٌ، حَتَّى إِذَا عَرَفْتُهُمْ؛ خَرَجَ رَجُلٌ مِنْ بَيْنِى وَبَيْنِهِمْ فَقَالَ: هَلُمَّ. قُلْتُ: أَيْنَ؟ قَالَ: إِلَى النَّارِ وَاللَّهِ! قُلْتُ: مَا شَأْنُهُمْ؟ قَالَ: إِنَّهُمُ ارْتَدُّوا بَعْدَكَ عَلَى أَدْبَارِهِمُ الْقَهْقَرَى؛ فَلَا أُرَاهُ يَخْلُصُ مِنْهُمْ إِلَاّ مِثْلُ هَمَلِ النَّعَمِ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba kelihatan sekelompok kecil manusia. Apabila aku dapat mengenalpasti mereka, keluar seorang lelaki antara diriku dengan mereka. Lelaki itu berkata: Ayuh. Aku bertanya: Ke mana? Dia menjawab: ke Neraka, demi Allah. Aku bertanya lagi: Apakah hal mereka itu? Lelaki itu berkata: Mereka telah murtad selepas ketiadaan kamu, mereka berundur ke belakang. Kemudian aku diperlihatkan akan sebuah kelompok yang lain. Apabila aku dapat mengenalpasti mereka, seorang lelaki keluar antara diriku dengan mereka. Lelaki itu berkata, Ayuh! Aku bertanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke neraka, demi Allah. Aku bertanya lagi: Apakah halnya mereka itu? Lelaki itu berkata: Mereka telah murtad selepas ketiadaan kamu, mereka bberundur ke belakang. Aku tidak nampak ada yang selamat melainkan segelintir kecil sahaja yang sama seperti bilangan haiwan ternakan yang sesat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Syaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1112, hadis no. 5627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بل منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: بينا أنا قائمٌ إذا زُمرَة حتى إذا عرفتهم خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلمَّ فقلتُ: أين؟ قال: إلى النار والله قلتُ: وما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدُّوا بعدَك على أدبارهم القهقرى ثم إذا زُمرَة حتى إذا عرفتهم خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلمَّ قلت: أين؟ قال: إلى النار والله قلت: ما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدُّوا بعدَك على أدبارهم القهقرى فلا أُراه يخلُصُ منهم إلا مثلُ هَمَلِ النَّعَمِ. [خ، الضعيفة (6945)].

(Ganjil, bahkan munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba kelihatan sekelompok kecil manusia. Apabila aku dapat mengenalpasti mereka, keluar seorang lelaki antara diriku dengan mereka. Lelaki itu berkata: Ayuh. Aku bertanya: Ke mana? Dia menjawab: ke Neraka, demi Allah. Aku bertanya lagi: Apakah hal mereka itu? Lelaki itu berkata: Mereka telah murtad selepas ketiadaan kamu, mereka berpaling ke belakang. Kemudian aku diperlihatkan akan sebuah kelompok yang lain. Apabila aku dapat mengenalpasti mereka, seorang lelaki keluar antara diriku dengan mereka. Lelaki itu berkata, Ayuh! Aku bertanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke neraka, demi Allah. Aku bertanya lagi: Apakah halnya mereka itu? Lelaki itu berkata: Mereka telah murtad selepas ketiadaan kamu, mereka berpaling ke belakang. Aku tidak nampak ada yang selamat melainkan segelintir kecil sahaja yang sama seperti bilangan haiwan ternakan yang sesat. [Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6945]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.