Ketika aku sedang berdiri, datanglah satu rombongan sehingga aku dapat mengecam mereka

TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا قائم، فإذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: وما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى. ثم إذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: ما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى؛ فلا أراه يخلص منهم إلا مثل همل النعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku sedang berdiri, datanglah satu rombongan sehingga aku dapat mengecam mereka. Lalu keluarlah seorang lelaki yang menjadi perantara antara aku dan mereka. Lalu dia berkata: Marilah. Lalu aku bertanya: Ke mana? Dia berkata: Ke neraka demi Allah! Aku bertanya: Ada apa dengan mereka? Dia berkata: Mereka menjadi murtad selepasmu dan kembali ke belakang. Lalu datanglah satu rombongan sehingga aku dapat mengecam mereka. Lalu keluarlah seorang lelaki yang menjadi perantara antara aku dan mereka. Lalu dia berkata: Marilah. Lalu aku bertanya: Ke mana? Dia berkata: Ke neraka demi Allah! Aku bertanya: Ada apa dengan mereka? Dia berkata: Mereka menjadi murtad selepasmu dan kembali ke belakang. Lalu aku tidak melihat dalam kalangan mereka yang melepaskan diri kecuali seperti binatang ternakan yang hilang (sedikit).

STATUS

Syaz bahkan Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 702, hadis nombor 3599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ، بل منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((بينا أنا قائم، فإذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: وما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى. ثم إذا زمرة، حتى إذا عرفتهم؛ خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلم. قلت: أين؟ قال: إلى النار والله! قلت: ما شأنهم؟ قال: إنهم ارتدوا بعدك على أدبارهم القهقرى؛ فلا أراه يخلص منهم إلا مثل همل النعم)). [خ، السيوطي في ((الجامع الكبير))، ((الضعيفة)) (٦٩٤٥)]

(Syaz bahkan Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku sedang berdiri, datanglah satu rombongan sehingga aku dapat mengecam mereka. Lalu keluarlah seorang lelaki yang menjadi perantara antara aku dan mereka. Lalu dia berkata: Marilah. Lalu aku bertanya: Ke mana? Dia berkata: Ke neraka demi Allah! Aku bertanya: Ada apa dengan mereka? Dia berkata: Mereka menjadi murtad selepasmu dan kembali ke belakang. Lalu datanglah satu rombongan sehingga aku dapat mengecam mereka. Lalu keluarlah seorang lelaki yang menjadi perantara antara aku dan mereka. Lalu dia berkata: Marilah. Lalu aku bertanya: Ke mana? Dia berkata: Ke neraka demi Allah! Aku bertanya: Ada apa dengan mereka? Dia berkata: Mereka menjadi murtad selepasmu dan kembali ke belakang. Lalu aku tidak melihat dalam kalangan mereka yang melepaskan diri kecuali seperti binatang ternakan yang hilang (sedikit). [Riwayat al-Imām al-Bukhārī dalam Ṣaḥīḥnya, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs