Ketika aku pulang daripada berperang dengan orang musyrikin pada hari Badar

TEKS BAHASA ARAB

أقبلت يوم بدر من قتال المشركين وأنا جائع شديد الجوع. فاستقبلتني امرأة يهودية على رأسها جفنة فيها جدي مشوي وفي كمها شيء من سكر فقالت: الحمد لله الذي سلمك يا محمد كنت نذرت لله نذرا إن قدمت المدينة سالما لأذبحن هذا الجدي ولأشوينه ولأحملنه إليك لتأكل منه. فاستنطق الله الجدي فاستوى قائما على أربع قوائم فقال: يا محمد لا تأكلني فإني مسموم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku pulang daripada berperang dengan orang musyrikin pada hari Badar, aku sedang berada dalam keadaan yang sangat lapar. Seorang wanita yahudi memberikan sepinggan kambing salai yang diletakkkan sedikit gula. Dia berkata: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkanmu, wahai Muhammad. Aku bernazar jika aku selamat pulang ke Madinah, aku akan menyembelih seekor kambing, menyalainya, dan memberikannya kepada kamu. Tiba-tiba Allah memberikan kemampuan bercakap kepada kambing tersebut, ia berdiri atas empat kaki, lalu berkata: Wahai Muhammad, jangan makan aku kerana aku beracun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1079, hadis nombor 5497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَقَبَلتُ يَومَ بَدرٍ من قِتَال الْمُشْرِكينَ وَأَنَا جَائِعٌ شَدِيدُ الْجُوعِ فاستقبلتني امْرَأَةٌ يَهُودِيَّةٌ عَلَى رَأْسِهَا جَفْنَةٌ فِيهَا جَدْيٌ مَشْوِيٌّ وَفِي كُمِّهَا شَيْء من سَكَرٍ، فَقَالَت: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي سلَّمَكَ يَا مُحَمَدُ كَنَتُ نَذَرتُ لِلَّهِ نَذْرًا إِن قَدِمتَ الْمَدِيَنَةَ سَالِمًا لَأَذْبَحَنَّ هذا الجَدْيَ ولأشوينه ولأحملنه إِلَيْك لَتَأْكُلَ منه. فاستنطق اللهُ الجَدي فَاسْتَوَى قَائِمًا عَلَى أَرْبَعِ قَوَائِمٍ، فَقَال: يَا مُحَمَدُ لَا تأكُلْني فإِني مسمومٌ. [أبو نعيم في دلائل النبوة، الضعيفة (6441)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku pulang daripada berperang dengan orang musyrikin pada hari Badar, aku sedang berada dalam keadaan yang sangat lapar. Seorang wanita yahudi memberikan sepinggan kambing salai yang diletakkkan sedikit gula. Dia berkata: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkanmu, wahai Muhammad. Aku bernazar jika aku selamat pulang ke Madinah, aku akan menyembelih seekor kambing, menyalainya, dan memberikannya kepada kamu. Tiba-tiba Allah memberikan kemampuan bercakap kepada kambing tersebut, ia berdiri atas empat kaki, lalu berkata: Wahai Muhammad, jangan makan aku, kerana aku beracun. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6441]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs