Ketika aku menjalani Israk, aku telah mencium bau yang amat wangi

TEKS BAHASA ARAB

لما أسري بي، مرت بي رائحة طيبة، فقلت: ما هذه الرائحة؟ فقالوا: هذه رائحة ماشطة ابنة فرعون وأولادها، كانت تمشطها فوقع المشط من يدها. فقالت: باسم الله. فقالت ابنته: أبي؟ فقالت: لا، قالت: بل ربي وربك ورب أبيك. فقالت: أخبر بذلك أبي؟ قالت: نعم، فأخبرته، فدعا بها وبولدها، فقال: ولك رب غيري؟! قالت: نعم، ربي وربك الله. فأمر بنقرة من نحاس فأحميت، فقالت: لي إليك حاجة، فقال: ما هي؟ قالت: تجمع عظامي وعظام ولدي تدفنه جميعا؟ فقال: ذلك لك علينا من الحق، فأتى بأولادها فألقى واحدا واحدا حتى إذا كان آخر ولدها – وكان صبيا مرضعا، فقال: اصبري يا أماه، فإنك على الحق، ثم ألقيت مع ولدها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku menjalani Israk, aku telah mencium bau yang amat wangi. Aku pun bertanya: Bau apakah ini? Mereka berkata: Ini bau tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya. Suatu ketika dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, kemudian sikat terlepas daripada tangannya. Lalu dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun bertanya? “(Adakah Allah itu) ayahku?” Dia menjawab: “Bukan, bahkan Dia adalah tuhanku, tuhanmu dan tuhan ayahmu.” Anak perempuan itu berkata: “Aku akan beritahu perkara ini kepada ayahku?!” Dia berkata: “Baiklah.” Anak perempuan itu pun memberitahu Firaun, lalu Firaun memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Firaun berkata: “Kamu ada tuhan selain aku?!” Tukang sikat itu berkata: “Ya, tuhanku dan tuhanmu ialah Allah.” Firaun pun mengarahkan dibuat lubang yang dipenuhi tembaga, lalu ia dipanaskan. Tukang sikat itu berkata: “Aku ada satu permintaan daripadamu.” Firaun bertanya: “Apakah ia?” Dia menjawab: “Kamu menghimpunkan tulangku dan tulang anakku lalu menanamnya sekali.” Firaun menjawab: “Itu hak kamu yang perlu kami tunaikan.” Lalu Firaun mendapatkan anak-anak tukang sikat tersebut dan melempar mereka satu persatu. Apabila tiba giliran anaknya yang terakhir -yang mana anak itu masih kecil dan dalam tempoh menyusu-, anak itu berkata: “Sabarlah wahai ibuku! Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran.” Lalu tukang sikat itu dilempar bersama-sama anaknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2058, hadis nombor 10339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: لما أسري بي، مرت بي رائحة طيبة، فقلت: ما هذه الرائحة؟ فقالوا: هذه رائحة ماشطة ابنة فرعون وأولادها، كانت تمشطها فوقع المشط من يدها. فقالت: باسم الله. فقالت ابنته: أبي؟ فقالت: لا، قالت: بل ربي وربك ورب أبيك. فقالت: أخبر بذلك أبي؟ قالت: نعم، فأخبرته، فدعا بها وبولدها، فقال: ولك رب غيري؟! قالت: نعم، ربي وربك الله. فأمر بنقرة من نحاس فأحميت، فقالت: لي إليك حاجة، فقال: ما هي؟ قالت: تجمع عظامي وعظام ولدي تدفنه جميعا؟ فقال: ذلك لك علينا من الحق، فأتى بأولادها فألقى واحدا واحدا حتى إذا كان آخر ولدها – وكان صبيا مرضعا، فقال: اصبري يا أماه، فإنك على الحق، ثم ألقيت مع ولدها.
[ك، البزار، ((الضعيفة)) (6400)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku menjalani Israk, aku telah mencium bau yang amat wangi. Aku pun bertanya: Bau apakah ini? Mereka berkata: Ini bau tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya. Suatu ketika dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, kemudian sikat terlepas daripada tangannya. Lalu dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun bertanya? “(Adakah Allah itu) ayahku?” Dia menjawab: “Bukan, bahkan Dia adalah tuhanku, tuhanmu dan tuhan ayahmu.” Anak perempuan itu berkata: “Aku akan beritahu perkara ini kepada ayahku?!” Dia berkata: “Baiklah.” Anak perempuan itu pun memberitahu Firaun, lalu Firaun memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Firaun berkata: “Kamu ada tuhan selain aku?!” Tukang sikat itu berkata: “Ya, tuhanku dan tuhanmu ialah Allah.” Firaun pun mengarahkan dibuat lubang yang dipenuhi tembaga, lalu ia dipanaskan. Tukang sikat itu berkata: “Aku ada satu permintaan daripadamu.” Firaun bertanya: “Apakah ia?” Dia menjawab: “Kamu menghimpunkan tulangku dan tulang anakku lalu menanamnya sekali.” Firaun menjawab: “Itu hak kamu yang perlu kami tunaikan.” Lalu Firaun mendapatkan anak-anak tukang sikat tersebut dan melempar mereka satu persatu. Apabila tiba giliran anaknya yang terakhir -yang mana anak itu masih kecil dan dalam tempoh menyusu-, anak itu berkata: “Sabarlah wahai ibuku! Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran.” Lalu tukang sikat itu dilempar bersama-sama anaknya.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6400]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.