Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَا أُسْرِيَ بِي، مَرَّت بِي رَائِحَةٌ طَيْبَةٌ، فَقُلْت: ما هَذِه الرَائِحَةُ؟ فقَالُوا: هَذِه رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلَادِهَا، كَانَتْ تمشُطُها فَوَقَعَ الْمِشْطُ من يَدِهَا. فَقَالَت: باسمِ اللهِ. فَقَالَت ابْنَتُه: أبِي؟ فَقَالَت: لَا، قَالَت: بَل رَبِّي وَرَبُّك وَرَبُّ أبِيك. فَقَالَت: أَخْبَر بِذَلِك أبِي؟ قَالَت: نَعَم، فأَخْبَرتْه، فَدَعَا بِهَا وبوَلَدِهَا، فَقَال: ولَك رَبٌّ غَيْرِي؟! قَالَت: نَعَم، رَبِّي وَرَبُّك الله. فَأَمَر بنُقْرَةٍ من نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ، فَقَالَت: لِي إلِيك حَاجَةٌ، فقال: مَا هِي؟ قَالَت: تَجْمَعُ عِظَامِي وَعِظَامَ وَلَدِي تَدْفِنُهُ جَمِيَعاً؟ فَقَال: ذَلِك لَك علِينا من الْحَقِّ، فَأَتَى بأولَادِها فَأَلْقَى وَاحِداً وَاحِداً حَتَّى إِذا كَان آخَرُ وَلَدِهَا - وكَان صبِياً مُرْضَعاً، فَقَال: اصْبِرِي يَا أُمَّاهُ، فَإِنَّك عَلَى الْحَقِّ، ثم أُلْقِيَتْ مَع وَلَدِهَا.
Teks Bahasa Melayu
Ketika aku menjalani Israk, aku telah mencium bau yang amat wangi. Aku pun bertanya: Bau apakah ini? Mereka berkata: Ini bau tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya. Suatu ketika dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, kemudian sikat terlepas daripada tangannya. Lalu dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun bertanya? (Adakah Allah itu) ayahku? Dia menjawab: Bukan, bahkan Dia adalah tuhanku, tuhanmu dan tuhan ayahmu. Anak perempuan itu berkata: Aku akan beritahu perkara ini kepada ayahku?! Dia berkata: Baiklah. Anak perempuan itu pun memberitahu Firaun, lalu Firaun memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Firaun berkata: Kamu ada tuhan selain aku?! Tukang sikat itu berkata: Ya, tuhanku dan tuhanmu ialah Allah. Firaun pun mengarahkan dibuat lubang yang dipenuhi tembaga, lalu ia dipanaskan. Tukang sikat itu berkata: Aku ada satu permintaan daripadamu. Firaun bertanya: Apakah ia? Dia menjawab: Kamu menghimpunkan tulangku dan tulang anakku lalu menanamnya sekali. Firaun menjawab: Itu hak kamu yang perlu kami tunaikan. Lalu Firaun mendapatkan anak-anak tukang sikat tersebut dan melempar mereka satu persatu. Apabila tiba giliran anaknya yang terakhir -yang mana anak itu masih kecil dan dalam tempoh menyusu-, anak itu berkata: Sabarlah wahai ibuku! Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran. Lalu tukang sikat itu dilempar bersama-sama anaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2058, hadis no. 10339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku menjalani Israk, aku telah mencium bau yang amat wangi. Aku pun bertanya: Bau apakah ini? Mereka berkata: Ini bau tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya. Suatu ketika dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, kemudian sikat terlepas daripada tangannya. Lalu dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun bertanya? (Adakah Allah itu) ayahku? Dia menjawab: Bukan, bahkan Dia adalah tuhanku, tuhanmu dan tuhan ayahmu. Anak perempuan itu berkata: Aku akan beritahu perkara ini kepada ayahku?! Dia berkata: Baiklah. Anak perempuan itu pun memberitahu Firaun, lalu Firaun memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Firaun berkata: Kamu ada tuhan selain aku?! Tukang sikat itu berkata: Ya, tuhanku dan tuhanmu ialah Allah. Firaun pun mengarahkan dibuat lubang yang dipenuhi tembaga, lalu ia dipanaskan. Tukang sikat itu berkata: Aku ada satu permintaan daripadamu. Firaun bertanya: Apakah ia? Dia menjawab: Kamu menghimpunkan tulangku dan tulang anakku lalu menanamnya sekali. Firaun menjawab: Itu hak kamu yang perlu kami tunaikan. Lalu Firaun mendapatkan anak-anak tukang sikat tersebut dan melempar mereka satu persatu. Apabila tiba giliran anaknya yang terakhir -yang mana anak itu masih kecil dan dalam tempoh menyusu-, anak itu berkata: Sabarlah wahai ibuku! Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran. Lalu tukang sikat itu dilempar bersama-sama anaknya. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6400]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman