Ketika aku diperjalankan pada malam al-Isra’ aku memasuki syurga

TEKS BAHASA ARAB

لما أسري بي دخلت الجنة، ‌فناولني ‌جبريل تفاحة، فانفلقت بنصفين، فخرجت منها حوراء، فقلت لها: لمن أنت؟ فقالت: لعلي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku diperjalankan pada malam al-Isra’ aku memasuki syurga, lalu Jibril memberikan aku sebiji epal, lalu aku memotongnya kepada dua lalu keluarlah seorang perempuan. Lalu aku berkata kepadanya: Engkau milik siapa? Lalu dia berkata: Ali bin Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 682, hadis nombor 3510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لما أسري بي دخلت الجنة، ‌فناولني ‌جبريل تفاحة، فانفلقت بنصفين، فخرجت منها حوراء، فقلت لها: لمن أنت؟ فقالت: لعلي بن أبي طالب)). [خط، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، (الضعيفة)) (5620)]

(Palsu) Daripada Abu Said RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku diperjalankan pada malam al-Isra’ aku memasuki syurga, lalu Jibril memberikan aku sebiji epal, lalu aku memotongnya kepada dua lalu keluarlah seorang perempuan. Lalu aku berkata kepadanya: Engkau milik siapa? Lalu dia berkata: Ali bin Abi Talib.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5620]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs