Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا أُسرِيَ بي مَرَّتْ بي رائحةٌ طَيِّبةٌ، فقلتُ: ما هذه الرَّائحةُ؟ فقالوا: هذه رائحةُ ماشِطةِ ابنةِ فِرعونَ وأولادِها؛ كانتْ تُمَشِّطُها، فوَقَعَ المُشطُ مِن يَدِها، فقالتْ: بِسمِ اللهِ. فقالتِ ابنَتُه: أبي؟ فقالتْ: لا؛ بل رَبِّي ورَبُّكِ ورَبُّ أبيكِ. فقالتْ: أُخبِرُ بذلكَ أبي؟ قالتْ: نعَمْ. فأخبَرَتْه، فدَعا بها وبوَلَدِها، فقالَ: ولكِ رَبٌّ غَيري؟! قالتْ: نعَمْ، رَبِّي ورَبُّكَ اللهُ. فأتَى ببَقَرةٍ مِن نُحاسٍ فأُحميَتْ، فقالتْ: لي إليكَ حاجةٌ. فقال: ما هي؟ قالتْ: تَجمَعُ عِظامي وعِظامَ وَلَدي، فتَدفِنُه جميعًا؟ فقال: ذلكَ لكِ علينا مِن الحَقِّ. فأتَى بأولادِها، فأَلْقى واحدًا واحدًا، حتى إذا كان آخِرُ وَلَدِها -وكان صَبيًّا مُرضَعًا- فقال: اصبِري يا أُمَّاه، فإنَّكِ على الحَقِّ. ثمَّ أُلقيَتْ مع وَلَدِها.
Teks Bahasa Melayu
Ketika aku diperjalankan, ada satu bau wangi telah melintasi aku. Aku bertanya: Apakah bau yang wangi ini? Mereka (malaikat) berkata: Ini adalah bau tukang sikat anak perempuan dan cucu-cicit Firaun. Pada satu hari, dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, lalu sikat itu jatuh daripada tangannya. Lantas dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun berkata: Ayah aku? Tukang sikat itu berkata: Tidak, Dia adalah Tuhan aku, kamu dan ayah kamu. Anak perempuan Firaun berkata: Dia lebih daripada ayah aku? Tukang sikat itu berkata: Ya. Lalu anak perempuan Firaun memberitahu Firaun. Dia memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Dia berkata: Kamu ada Tuhan selain aku? Tukang sikat itu berkata: Ya. Tuhan aku dan kamu adalah Allah. Lalu Firaun memerintahkan agar dipanaskan bekas besi. Tukang sikat itu berkata: Aku ada hajat yang ingin dikemukakan kepada kamu. Firaun berkata: Apakah hajat itu? Tukang sikat berkata: Kamu kumpulkan tulang aku dan anak aku, kemudian kebumikan kesemuanya sekali. Firaun berkata: Hajat kamu itu kami perkenankan. Lalu anak-anak tukang sikat didatangkan dan dicampak satu persatu sehingga yang akhir sekali. Dia adalah seorang bayi yang masih menyusu. Dia berkata: Bersabarlah wahai ibu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran. Kemudian tukang sikat dicampak bersama anaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis no. 9704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diperjalankan, ada satu bau wangi telah melintasi aku. Aku bertanya: Apakah bau yang wangi ini? Mereka (malaikat) berkata: Ini adalah bau tukang sikat anak perempuan dan cucu-cicit Firaun. Pada satu hari, dia menyikat rambut anak perempuan Firaun, lalu sikat itu jatuh daripada tangannya. Lantas dia berkata: Dengan nama Allah. Anak perempuan Firaun berkata: Ayah aku? Tukang sikat itu berkata: Tidak, Dia adalah Tuhan aku, kamu dan ayah kamu. Anak perempuan Firaun berkata: Dia lebih daripada ayah aku? Tukang sikat itu berkata: Ya. Lalu anak perempuan Firaun memberitahu Firaun. Dia memanggil tukang sikat itu dan anaknya. Dia berkata: Kamu ada Tuhan selain aku? Tukang sikat itu berkata: Ya. Tuhan aku dan kamu adalah Allah. Lalu Firaun memerintahkan agar dipanaskan bekas besi. Tukang sikat itu berkata: Aku ada hajat yang ingin dikemukakan kepada kamu. Firaun berkata: Apakah hajat itu? Tukang sikat berkata: Kamu kumpulkan tulang aku dan anak aku, kemudian kebumikan kesemuanya sekali. Firaun berkata: Hajat kamu itu kami perkenankan. Lalu anak-anak tukang sikat didatangkan dan dicampak satu persatu sehingga yang akhir sekali. Dia adalah seorang bayi yang masih menyusu. Dia berkata: Bersabarlah wahai ibu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan kebenaran. Kemudian tukang sikat dicampak bersama anaknya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6400]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman