Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ketika aku diisra'kan aku masuk ke dalam syurga

Teks Bahasa Arab

لمَّا أُسْرَي بي دخلتُ الجنَّةَ، فناولني جبريلُ تفَّاحةً، فانفلقَت بنصفين فخرجت منها حوراءُ، فقلت لها: لمن أنتِ؟ فقالت : لعليِّ بنِ أبي طالبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Ketika aku diisra'kan aku masuk ke dalam syurga. Lalu Malaikat Jibril AS memberikan buah Epal kepadaku, kemudian terbelah dua, sehingga keluar daripadanya bidadari. Lalu aku bertanya: “Untuk siapakah engkau?” Dia menjawab: “Untuk ‘Alī ibn Abī Ṭālib”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis no. 2779.

(موضوع) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « لما أسري بي دخلت الجنة، فناولني جبريل تفاحة، فانفلت بنصفين، فخرجت منها حوراء، فقلت لها: لمن أنت؟ فقال: لعلي بن أبي طالب». [خط، ابن الجوزي، «الضعيفة»، (5620)].

(Palsu) Daripada Abū Sa‘īd RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku diisra'kan aku masuk ke dalam syurga. Lalu Malaikat Jibril AS memberikan buah Epal kepadaku, kemudian terbelah dua, sehingga keluar daripadanya bidadari. Lalu aku bertanya: “Untuk siapakah engkau?” Dia menjawab: “Untuk ‘Alī ibn Abī Ṭālib”.”[Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikh Baghdad, Ibnu al-Jauzi dalam kitab al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5620].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.