Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَا أُسْرِيَ بِي مَرَّت بِي رَائِحَةٌ طَيْبَةٌ، فَقُلْت: ما هَذِه الرَائِحَةُ؟ فقَالُوا: هَذِه رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلَادِهَا، كَانَتْ تمشُطُها فَوَقَعَ الْمِشْطُُ من يَدِهَا. فَقَالَت: باسمِ اللهِ. فَقَالَت ابْنَتُه: أبِي؟ فَقَالَت: لَا، قَالَت: بَل رَبِّي وَرَبُّك وَرَبُّ أبِيك. فَقَالَت: أَخْبَر بِذَلِك أبِي؟ ! قَالَت: نَعَم، فأَخْبَرتْه، فَدَعَا بِهَا وبوَلَدِهَا، [فَقَال: ولَك رَبٌّ غَيْرِي؟! قَالَت: نَعَم، رَبِّي وَرَبُّك الله. فَأَمَر بنُقْرَةٍ من نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ] ، فَقَالَت: لِي إلِيك حَاجَةٌ، فقال: مَا هِي؟ قَالَت: تَجْمَعُ عِظَامِي وَعِظَامَ وَلَدِي.
Teks Bahasa Melayu
Ketika aku dibawa ke langit (al-Isra), satu bauan yang wangi melintasi aku. Aku bertanya: Apakah bau ini?. Lalu mereka menjawab: Ini ialah bau tukang sikat Puteri Firaun dan anak-anaknya. Suatu hari semasa beliau menyikatnya, sikat tersebut terjatuh. Beliau tanpa sengaja menyebut: Dengan nama Allah (Bismillah). Puteri Firaun pun bertanya: Adakah Allah itu bapaku?. Tukang sikat menjawab, Bukan, bahkan Allah itu adalah Tuhanku, Tuhanmu, dan Tuhan bapamu. Dia kemudian membalas: Aku akan adukan kepada bapaku. Tukang sikat berkata: Silakan. Apabila peristiwa ini dilaporkan, Firaun memanggil tukang sikat dan anaknya, lalu Firaun bertanya:“Jadi kamu memiliki Tuhan selain aku? Tukang sikat menjawab: Ya. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah. Lalu Fir'aun mengarahkan sebuah kawah tembaga dibawa, ia kemudian dipanaskan. Tukang sikat berkata: Aku ada permintaan terakhir. Firaun bertanya: Apakah permintaan itu? Tukang sikat menjawab: Himpunkan tulangku dan tulang anakku, dan kebumikanlah tulang-tulang itu bersama. Firaun berkata, Baiklah, itu menjadi tanggungjawab kami. Maka dipanggil semua anak tukang sikat, seorang demi seorang dicampakkan ke dalam kawah tersebut, sehinggalah anaknya yang terakhir yang masih bayi dan menyusu. Tiba anak kecil itu berkata: Bersabarlah, wahai ibuku. Sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran. Kemudian beliau dicampak ke dalam kawah bersama anaknya itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091-1092, hadis no. 5546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لما أسري بي مرت بي رائحة طيبة فقلت: ما هذه الرائحة؟ فقالوا: هذه رائحة ماشطة ابنة فرعون وأولادها كانت تمشطها فوقع المشط من يدها. فقالت: باسم الله. فقالت ابنته: أبي؟ فقالت: لا، قالت: بل ربي وربك ورب أبيك. فقالت: أخبر بذلك أبي؟ قالت: نعم فأخبرته فدعا بها وبولدها فقال: ولك رب غيري؟ قالت: نعم ربي وربك الله. فأمر بنقرة من نحاس فأحميت فقالت: لي إليك حاجة فقال: ما هي؟ قالت: تجمع عظامي وعظام ولدي تدفنه جميعا؟ فقال: ذلك لك علينا من الحق فأتى بأولادها فألقى واحدا واحدا حتى إذا كان آخر ولدها وكان صبيا مرضعا فقال: اصبري يا أماه فإنك على الحق ثم ألقيت مع ولدها. [ك، البزار، الضعيفة (6400)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku dibawa ke langit (al-Isra), satu bauan yang wangi melintasi aku. Aku bertanya: Apakah bau ini? Lalu mereka menjawab: Ini ialah bau tukang sikat Puteri Firaun dan anak-anaknya. Suatu hari semasa beliau menyikatnya, sikat tersebut terjatuh. Beliau tanpa sengaja menyebut: Dengan nama Allah (Bismillah). Puteri Firaun pun bertanya: Adakah Allah itu bapaku?. Tukang sikat menjawab, Bukan, bahkan Allah itu adalah Tuhanku, Tuhanmu, dan Tuhan bapamu. Dia kemudian membalas: Aku akan adukan kepada bapaku. Tukang sikat berkata: Silakan. Apabila peristiwa ini dilaporkan, Firaun memanggil tukang sikat dan anaknya, lalu Firaun bertanya:“Jadi kamu memiliki Tuhan selain aku? Tukang sikat menjawab: Ya. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah. Lalu Fir'aun mengarahkan sebuah kawah tembaga dibawa, ia kemudian dipanaskan. Tukang sikat berkata: Aku ada permintaan terakhir. Firaun bertanya: Apakah permintaan itu? Tukang sikat menjawab: Himpunkan tulangku dan tulang anakku, dan kebumikanlah tulang-tulang itu bersama. Firaun berkata, Baiklah, itu menjadi tanggungjawab kami. Maka dipanggil semua anak tukang sikat, seorang demi seorang dicampakkan ke dalam kawah tersebut, sehinggalah anaknya yang terakhir yang masih bayi dan menyusu. Tiba anak kecil itu berkata: Bersabarlah, wahai ibuku. Sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran. Kemudian beliau dicampak ke dalam kawah bersama anaknya itu. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6400]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman