Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku masuk ke dalam Syurga ‘Adn

TEKS BAHASA ARAB

لما عرج بي إلى السماء، دخلت جنة عدن، فوقعت في يدي تفاحة، فانفلقت عن حوراء مرضية كأن أشفار عينيها مقاديم أجنحة النسور فقلت لمن أنت فقالت أنا للخليفة من بعدك المقتول عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku masuk ke dalam Syurga ‘Adn. Lalu ada sebiji epal jatuh ke tanganku dan ia terbelah menjadi bidadari yang diredai. Alis matanya seakan-akan hujung sayap burung helang. Aku bertanya: Kamu ini untuk siapa? Ia menjawab: Aku untuk khalifah yang selepas kamu yang dibunuh kemudiannya iaitu Uthman Bin ‘Affan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عقبة بن عامر رضي الله قال: قال رسول الله ﷺ : لما عُرِج بي إلى السماء، دخلت جنَّة عدن، فوقعت في يدي تفاحة، فانفلقت عن حوراء مرضيَّة، كأنَّ أشفار عينيها مقاديمُ أجنحة النُّسور، فقلت: لمن أنت؟ فقال: أنا للخليفة من بعدك المقتول عثمان بن عفَّان.
[عق، ((الضعيفة)) (5618)]

(Palsu)
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku masuk ke dalam Syurga ‘Adn. Lalu ada sebiji epal jatuh ke tanganku dan ia terbelah menjadi bidadari yang diredai. Alis matanya seakan-akan hujung sayap burung helang. Aku bertanya: Kamu ini untuk siapa? Ia menjawab: Aku untuk khalifah yang selepas kamu yang dibunuh kemudiannya iaitu Uthman Bin ‘Affan.
[Riwayat al-Uqaili. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5618]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs