Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا عُرِجَ بيَ إلى السَّماءِ، دخلتُ جنَّةَ عدنٍ، فوقعت في يديَّ تفَّاحةٌ، فانفلَقت عن حوراءَ مَرضيَّةٍ كأنَّ أشفارَ عينيْها مقاديمُ أجنحةِ النُّسورِ فقلتُ لمن أنتِ فقالت أنا للخَليفةِ من بعدِكِ المقتولِ عثمانَ بنِ عفَّانَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku masuk ke dalam Syurga ‘Adn. Lalu ada sebiji epal jatuh ke tanganku dan ia terbelah menjadi bidadari yang diredai. Alis matanya seakan-akan hujung sayap burung helang. Aku bertanya: Kamu ini untuk siapa? Ia menjawab: Aku untuk khalifah yang selepas kamu yang dibunuh kemudiannya iaitu Uthman Bin ‘Affan.
Sahabat Perawi
- ‘Uqbah Bin ‘Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis no. 9606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عقبة بن عامر رضي الله قال: قال رسول الله ﷺ: لما عُرِج بي إلى السماء، دخلت جنَّة عدن، فوقعت في يدي تفاحة، فانفلقت عن حوراء مرضيَّة، كأنَّ أشفار عينيها مقاديمُ أجنحة النُّسور، فقلت: لمن أنت؟ فقال: أنا للخليفة من بعدك المقتول عثمان بن عفَّان. [عق، ((الضعيفة)) (5618)]
(Palsu) Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku masuk ke dalam Syurga ‘Adn. Lalu ada sebiji epal jatuh ke tanganku dan ia terbelah menjadi bidadari yang diredai. Alis matanya seakan-akan hujung sayap burung helang. Aku bertanya: Kamu ini untuk siapa? Ia menjawab: Aku untuk khalifah yang selepas kamu yang dibunuh kemudiannya iaitu Uthman Bin ‘Affan. [Riwayat al-Uqaili. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5618]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman