Ketika aku diangkat ke langit dan sampai ke langit yang keempat, sebiji epal jatuh ke ribaku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما أسري بي إلى السماء فصرت في السماء الرابعة سقط في حجري تفاحة، فأخذتها بيدي فانفلقت، فخرج منها حوراء تقهقه. فقلت لها: تكلمي لمن أنت؟ قالت: للمقتول شهيدا: عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika aku diangkat ke langit dan sampai ke langit yang keempat, sebiji epal jatuh ke atas ribaku. Lalu aku mengambilnya dengan tanganku lantas ia terbelah. Lalu keluarlah bidadari yang sedang ketawa. Aku berkata padanya: Katakanlah kepadaku, kamu ini untuk siapa? Ia berkata: Untuk orang yang syahid dibunuh iaitu Uthman bin Affan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 340, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عمر مرفوعا، وهو موضوع. والمتهم به: محمد بن سليمان بن هشام الوراق. وروى من طريق أخرى، فيها من لا تقوم به الحجة. وقد ذكر له في اللآلىء طرقا كثيرة لا يصح منها شيء.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Orang yang dituduh berdusta adalah Muhammad bin Sulaiman bin Hisham al-Waraq. Diriwayatkan juga daripada jalan yang lain, namun di dalamnya ada perawi yang tidak boleh dijadikan hujah. Di dalam al-Laali’ dinyatakan jalan yang banyak namun semuanya tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.