Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ketika aku diangkat ke langit aku melihat di pangkal Arasy tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Aku menyokongnya dan menolongnya dengan Ali

Teks Bahasa Arab

حديث: لَمَّا عُرِجَ بِي رَأَيْتُ مَكْتُوبًا عَلَى سَاقِ الْعَرْشِ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، أَيَّدْتُهُ بِعَلِيٍّ، نَصَرْتُهُ بِعَلِيٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika aku diangkat ke langit aku melihat di pangkal Arasy tertulis: Ketika aku diangkat ke langit aku melihat di pangkal Arasy tertulis: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Aku menyokongnya dan menolongnya dengan Ali.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis no. 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: هذا باطل، واختلاق بين.

Dia berkata dalam al-Zail, ini adalah batil dan kepalsuan yang jelas.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.