Ketika aku diangkat ke langit, aku masuk ke dalam syurga 'Adn

TEKS BAHASA ARAB

لما عرج بي إلى السماء، دخلت جنة عدن، فوقعت في يدي تفاحة، فانفلقت عن حوراء مرضية، كأن أشفار عينيها مقاديم أجنحة النسور، فقلت: لمن أنت؟ فقالت: أنا للخليفة من بعدك المقتول عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku diangkat ke langit, aku masuk ke dalam syurga ‘Adn, lalu diletakkan sebiji epal di tanganku, kemudian ianya terbelah dua (sehingga terlihat) bidadari yang diredai, seakan-akan sisi matanya seperti sisi sayap burung helang. Kemudian aku bertanya: "Untuk siapa engkau?". Dia menjawab: "Aku untuk khalifah selepasmu yang terbunuh, Uthman bin Affan".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis nombor 2782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لما عرج بي إلى السماء، دخلت جنة عدن، فوقعت في يدي تفاحة، فانفلقت عن حوراء مرضية، كأن أشفار عينيها مقاديم أجنحة النسور، فقلت: لمن أنت؟ فقالت: أنا للخليفة من بعدك المقتول عثمان بن عفان».
[عق، «الضعيفة» (5618)].

(Palsu) Daripada Uqbah bin ‘Amir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diangkat ke langit, aku masuk ke dalam syurga ‘Adn, lalu diletakkan sebiji epal di tanganku, kemudian ianya terbelah dua (sehingga terlihat) bidadari yang diredai, seakan-akan sisi matanya seperti sisi sayap burung helang. Kemudian aku bertanya: "Untuk siapa engkau?". Dia menjawab: "Aku untuk khalifah selepasmu yang terbunuh, Uthman bin Affan".
[Riwayat al-Uqaily dalam kitab al-Du'afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5618]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs